Tuesday, August 3, 2010

Jawatan Kosong Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan




Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas pada tarikh iklan ditutup dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut:-

1. AHLI FOTOGRAFI B11
2. JURUSOLEK B11
3. PEGAWAI KEBUDAYAAN (PEMBANTU PENTAS) B11
4. PEKERJA AWAM R1
5. PEKERJA AWAM KHAS R3
6. PEMANDU KENDERAAN R3
7. PEMBANTU AM PEJABAT (PAP) N1
8. PEMBANTU KAMERA / PEMANDU N3
9. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
10. TUKANG K2 R11
11. TUKANG K3 (KAYU / JAHIT) R9

KLIK SINI UNTUK SYARAT LANTIKAN

Cara Memohon
(a)Pemohonan hendaklah menggunakan Borang KPKK 01/09 yang boleh didapati dari Ketua Setiausaha, Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia, Cawangan Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 4, Blok F, Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana, Jalan Dato’ Onn, 50610 Kuala Lumpur atau dalam laman web Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia http://www.kpkk.gov.my/.

BORANG PERMOHONAN JAWATAN KPKK 01/09 ONLINE

(b)Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran passport, salinan Sijil Kelahiran, Salinan Kad Pengenalan, Salinan Sijil-Sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan.

(c)Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi terkini dan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Pengisytiharan Harta.

(d)Nama jawatan yang dipohon hendaklah ditulis di sudut atas sebelah kiri sampul surat.

(e)Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK:
(i)tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;
(ii)tidak lengkap atau tidak terang;
(iii)tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
(iv)tidak ditulis nombor Kad Pengenalan;
(v)tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat; dan
(vi)tidak ditandatangani.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Setiausaha
Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia
Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 4, Blok F
Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana
Jalan Dato’ Onn, 50610 Kuala Lumpur

Tarikh tutup permohonan: Tiada tarikh tutup permohonan

Tempoh Sah Laku permohonan adalah selama setahun. Sekiranya calon masih berminat, permohonan perlu diperbaharui selepas SETAHUN.

(b)Calon-calon yang ingin memohon Borang KPKK 01/09 melalui Pos hendaklah menyertakan sampul surat berukuran 16sm x 23sm beralamat sendiri dan dilekatkan setem RM0.50 dan di hantar ke alamat di atas.
(i)Hanya pemohon yang layak dan melepasi tapisan akan dipanggil temuduga apabila ada kekosongan bagi jawatan yang dipohon
(ii)Kementerian ini tidak akan bertanggungjawab ke atas semua perbelanjaan calon-calon yang akan menghadiri temuduga tersebut
(iii)Hanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dimaklumkan.



No comments:

Post a Comment