Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan warga Daerah Jempol ) yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut:-
BIL
JAWATAN
KUMPULAN
PERKHIDMATAN
JADUAL GAJI
JUMLAH
KEKOSONGAN
&
TARAF
JAWATAN
1
Jurutera
Gred J41
(lelaki sahaja)
Sokongan
P1T1 RM2088.25 – P1T23 RM4721.03
P1T2 RM2184.26 – P2T23 RM5015.88
P1T3 RM2284.45 – P3T23 RM5306.79
1 ( Tetap )
Jadual gaji di atas tidak termasuk Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan, Bantuan
Sara Hidup dan elaun-elaun lain.
1 JURUTERA GRED J41 – 1 (TETAP)
Syarat Lantikan
1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
dan d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
2) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jurutera bidang kejuruteraan adalah
layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara
lantikan ke jawatan Jurutera Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah
disahkan dalam perkhidmatan dan:-
a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Jurutera
Malaysia/Institut Jurutera Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan; dan
b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Penetapan Gaji Permulaan
3) Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred J41 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik
berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja atau kepakaran berkaitan
Tempoh Percubaan
4) Jurutera Gred J41 yang dilantik secara terus atau kenaikan pangkat secara lantikan adalah
dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
Latihan
5) Jurutera boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan yang
berkenaan.
Kursus Induksi/Peperiksaan
6) Jurutera Gred J41 dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya kursus induksi
yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan yang berkenaan.
Pengesahan Dalam Perkhidmatan
7) Jurutera Gred J41 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:-
a) memenuhi tempoh percubaan;
b) hadir dengan jayanya kursus induksi yang ditetapkan; dan
c) diperakui oleh ketua perkhidmatan
Pergerakan Gaji Tahunan
8) Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh ketua perkhidmatan
berdasarkan prestasi perkhidmatan
Penilaian Tahap Kecekapan
9) Jurutera hendaklah lulus penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan
untuk kenaikan pangkat.
CARA MEMOHON:
- Permohonan hendaklah menggunakan Borang Khas dengan harga RM 1.00 yang boleh didapati dari Pejabat
Majlis Daerah Jempol (Bahagian Kaunter) ataupun mengirimkan satu sampul surat berukuran 22 cm x 35 cm
beralamat sendiri, bersetem RM0.30 sen dan wang pos bernilai RM1.00. Pemohon juga boleh muat turun
borang permohonan daripada laman web Majlis Daerah Jempol di alamat www.mdjl.gov.my dan sertakan wang
pos bernilai RM1.00 semasa permohonan dibuat.
- Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan Kad Pengenalan, Surat
Beranak, Sijil-sijil, Surat Akuan dan lain-lain dokumen yang telah diakui sah oleh Wakil Rakyat, mana-mana
Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Kumpulan Sokongan 1 yang diberi kuasa
atau Penghulu atau Pengerusi JKKK yang mempunyai cop rasmi jawatan
- Permohonan daripada Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak
Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan Kenyataan
Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.
- Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang permohonan yang telah
lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:-
YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH JEMPOL,
72120 BANDAR SERI JEMPOL,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
- TARIKH TUTUP PERMOHONAN - 30 Ogos 2010
- Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK sekiranya:
a) Borang permohonan tidak lengkap
b) Tidak memenuhi syarat iklan
c) Tidak disertakan dokumen sokongan yang diakui sah dan tidak ditandatangani.
d) Tiada cetakan berkomputer resit bayaran RM1.00 sebagai bukti pembelian borang
PERHATIAN:
a) Hanya calon yang berkelayakan selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga;
b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup
permohonan adalah dianggap tidak berjaya;
c) Pentadbiran Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan
dengan temu duga dan segala keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.



MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS

MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS
Advertisement