Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan KONTRAK seperti berikut:

1. SETIAUSAHA KHAS GRED 41

SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) warganegara Malaysia
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun dan bagi pesara berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan
c) Kelayakan Calon
i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred 41 : P1T1); atau
ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred 41 : P1T1); atau
DAN Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk LULUS Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Penetapan Gaji:
Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred 41 (Terbuka) boleh ditetapkan oleh pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

Keutamaan:
Calon Wanita yang fasih dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Berpengalaman dalam bahagian Pentadbiran, Kesetiausahaan, Protokol dan dalam bidang Perhubungan Awam

Taraf Jawatan: Kontrak

CARA MEMOHON:
a) Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh diperolehi di Pejabat ini dengan cara datang sendiri pada waktu Pejabat atau dengan mengirim sampul surat berukuran 10cm x 32cm (4 x 9 inci) bersetem 50 sen beralamat sendiri dengan mencatat ‘’ PERMOHONAN BORANG ‘’ di sudut sebelah atas kiri sampul surat atau borang boleh di muat turun dengan melayari laman web www.johordt.gov.my/bpsm

b) Borang-borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sah dokumen-dokumen berikut:-
i) Sijil Kelahiran,
ii) Kad Pengenalan,
iii) Sijil-sijil kelulusan,
iv) Sijil Berhenti Sekolah,
v) Skrip-skrip Ijazah.

c) Permohonan daripada pesara hendaklah disertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan Terakhir.

d) Borang Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat :

KETUA PENOLONG SETIAUSAHA,
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA,
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR,
TINGKAT 1 & 2, BANGUNAN C3S, KOTA ISKANDAR,
79503 NUSAJAYA, JOHOR.

Catatan::
a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja dipanggil temuduga.
b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
C) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

Tarikh Tutup Permohonan : 30 Ogos 2010
Advertisement