Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KDN akan mengadakan satu Sesi Temuduga Terbuka Pengambilan Pekerja Khidmat Singkat (PKS) Gred N17 di Jabatan Imigresen Malaysia Sabah dan Sarawak pada butiran seperti berikut:

TEMUDUGA TERBUKA

1. Pekerja Khidmat Singkat (PKS) Gred N17

Syarat Kelayakan:
kelulusan minimum yang diperlukan untuk pelantikan di atas adalah SPM. Pelantikan yang akan dibuat adalah secara KONTRAK selama 6 BULAN. Pelanjutan kontrak pula adalah bergantung kepada keperluan.

Calon yang berminat dan berkelayakan boleh menghadiri sesi temuduga berkenaan dengan membawa dokumen-dokumen berikut:-
i.Kad Pengenalan dan salinan;
ii.Resume; dan
iii.Sijil Kelulusan Tertinggi yang diperoleh serta salinan

Tarikh: 19 Ogos 2010
Masa: 8.00 pagi
Tempat Temuduga:
Pejabat Imigresen Negeri Sabah
Kompleks Kerajaan Persekutuan Sabah
Kota kinabalu


Tarikh: 20 Ogos 2010
Masa: 8.00 pagi
Tempat Temuduga:
Pejabat Imigresen Negeri Sarawak
Tingkat 1 & 2, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga, 93550 Sarawak


Kadar upah yang ditawarkan: RM11.33 sejam (maks 5 jam sehari)
Jumlah PKS yang akan dilantik: 10 orang di Sabah, 10 orang di Sarawak


MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS

MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS Advertisement