Tuesday, September 28, 2010

Jawatan Kosong Majlis Daerah Yong Peng


Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan (telah menduduki Negeri Johor tidak kurang daripada tiga (3) tahun berturut-turut) dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di MAJLIS DAERAH YONG PENG, JOHOR DARUL TA’ZIM.

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
2. Pembantu Tadbir (Kewangan)
3. Pembantu Tadbir (Undang-Undang)
4. Pembantu Penguatkuasa
5. Pembantu Penilaian
6. Pembantu Kesihatan Awam
7. Juruteknik
8. Juruteknik Komputer
9. Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
10. Juruteknik Landskap
11. Penghantar Notis
12. Tukang K 2
13. Tukang K 3
14. Pekerja Awam

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

CARA MEMOHON
(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Di dalam Perkhidmatan Majlis Daerah Yong Peng yang boleh diperolehi secara percuma di Pejabat Majlis Daerah Yong Peng (Bahagian Pentadbiran) , Km 1, Jalan Labis, 83700 Yong Peng. Borang juga boleh didapati dengan menghantar sampul surat 20cm x 23cm bersetem dan beralamat sendiri. Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sambul berkenaan semasa mengembalikan borang permohonan.

MUAT TURUN BORANG JAWATAN KOSONG

(b) Semua xpermohonan xhendaklah disertakan dengan salinan Sijil yang diakui sah oleh pegawai berekaan serta sekeping gambar terbaru berukuran pasport dan dokumen- dokumen lain sebagai sokongan.
(c) Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah mengikut Peraturan 17. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2005).
(d Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH YONG PENG
83700 YONG PENG
JOHOR DARUL TA’ZIM

Tarikh Tutup Permohonan: 4 Oktober 2010


MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS

MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS

No comments:

Post a Comment