Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan adalah daripada Warga Jempol Negeri Sembilan yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan keutamaan pemohon lelaki untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut:-

BIL JAWATAN KUMPULAN
PERKHIDMATAN
JADUAL GAJI JUMLAH
KEKOSONGAN &
TARAF
JAWATAN
1. Penolong Pegawai
Tadbir Gred
N27/N32
Perkhidmatan
Pentadbiran Dan
Sokongan
P1T1 RM1204.55 – P1T26 RM3027.10
P1T2 RM1274.13 – P2T26 RM3213.25
P1T3 RM1346.73 – P3T26 RM3405.26
1 (Tetap)

Jadual gaji di atas tidak termasuk Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan, Bantuan Sara Hidup dan elaun-elaun lain.

UNTUK MELIHAT IKLAN PENUH DAN MAKLUMAT LANJUT TENTANG KEKOSONGAN JAWATAN INI KLIK SINI

CARA MEMOHON:

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Khas dengan harga RM 1.00 yang boleh didapati dari Pejabat Majlis Daerah Jempol (Bahagian Kaunter) ataupun mengirimkan satu sampul surat berukuran 22 cm x 35 cm beralamat sendiri, bersetem RM0.60 sen dan wang pos bernilai RM1.00. Pemohon juga boleh muat turun borang permohonan daripada laman web Majlis Daerah Jempol di alamat www.mdjl.gov.my dan sertakan wang pos bernilai RM1.00 semasa permohonan dibuat.

Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak, Sijil-sijil, Surat Akuan dan lain-lain dokumen yang telah diakui sah oleh Wakil Rakyat, mana-mana Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Kumpulan Sokongan 1 yang diberi kuasa atau Penghulu atau Pengerusi JKKK yang mempunyai cop rasmi jawatan.

Permohonan daripada Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.

Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH JEMPOL,
72120 BANDAR SERI JEMPOL,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN - 07 Januari 2011

Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK sekiranya:

a.Borang permohonan tidak lengkap
b.Tidak memenuhi syarat iklan
c.Tidak disertakan dokumen sokongan yang diakui sah dan tidak ditandatangani.
d.Tiada cetakan berkomputer resit bayaran RM1.00 sebagai bukti pembelian borang

PERHATIAN:

a. Hanya calon yang berkelayakan selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga;
b. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh c. Pentadbiran Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temu duga dan segala keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad. Advertisement