KUALA LUMPUR 22 Feb. - Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya oleh e-mail dan laman web palsu mengenai pengambilan pekerja, yang dikatakan dicipta penjenayah siber untuk tujuan mencuri maklumat peribadi dan sulit mereka.
Dalam kenyataan di sini hari ini, TNB menasihati orang ramai supaya mengabaikan dua e-mail berkenaan iaitu
recruit@tnb-my.com dan
hrd@tnb-my.com yang menawarkan peluang pekerjaan dalam TNB.
"Orang ramai juga dinasihati supaya tidak mengklik laman pemancing data
http://www.tenaganasionalenergy-my.com/ yang mirip laman web sebenar TNB
http://www.tnb.com.my ,” kata kenyataan itu. - Bernama
Sumber Utusan Malaysia : 22/02/2011 11:21pm
Harap Semua Pencari Kerja Lebih berhati-hari di masa akan datang ...dan cuba menacari maklumat dari sumber yang betul dan tepat :) INGAT!!! ...
Advertisement
0 Comments