Tinggal beberapa jam saja lagi, pusat pengundian bagi Pilihanraya Kecil DUN Kerdau (N28), Pahang akan dibuka kepada pengundi di kawasan berkenaan. Berdasarkan jadual yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), masa pengundian ialah bermula pada jam 8 pagi dan ditutup jam 5 petang. Keputusan penuh pula bakal diketahui sekitar jam 8 malam nanti (Ahad).
pilihanraya Kerdau 

Pilihanraya kecil Kerdau menyaksikan pertandingan satu lawan satu calon Barisan Nasional (BN) Syed Ibrahim Syed Ahmad dicabar calon PAS Hassanuddin Salim.  Pilihanraya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas. Pada PRU 2008, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang memperoleh 4,135 undi, mempertahankan kedudukan Barisan Nasional (BN) di Kerdau, mengalahkan calon PAS, Hassanuddin Salim, yang memperoleh 2,520 undi dengan majoriti 1,795 undi.
Keputusan pilihanraya kecil kali ini pula akan ditentukan oleh seramai  8,999 orang pemilih berdaftar, iaitu 8,984 pemilih biasa dan 15 pengundi pos.

Advertisement