Mempunyai kelayakan dan pengalaman yang cukup saja tidak menjamin kejayaan anda semasa mencari kerja. Ini adalah disebabkan oleh persaingan dari pencari-pencari kerja yang lain. Anda tidak hanya bersaing dengan orang yang berkelayakan tapi turut bersaing dengan fresh graduate.

Bagi mengatasi masalah ini, anda perlulah membuatkan diri anda lebih baik dari orang lain dengan menambah nilai dalam diri anda. Jangan sesekali anda melakukan perkara yang boleh menjatuhkan nilai yang ada pada diri anda. Perkara penting yang perlu anda jaga adalah first impression penemuduga. Jangan biarkan mereka lihat kelemahan dan kekurangan anda. Pastikan semuanya berjalan dengan lancar.

Anda juga dinasihatkan agar tidak melakukan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh pencari kerja tidak kira lah semasa menghantar resume ataupun semasa temuduga. Jangan biarkan kesalahan kecil ini menutup ruang anda untuk berjaya.

Oleh itu, adalah penting untuk anda mengetahui kesalahan-kesalahan tersebut agar ianya tidak berlaku pada diri anda. Disini, saya ingin kongsikan satu panduan yang boleh membantu anda mengelakkan kesalahan-kesalahan semasa mencari kerja. Dalam panduan ini, anda akan diterangkan 7 kesalahan kritikal semasa mencari kerja. Dengan rujukan dari panduan ini, anda dapat memperbaiki dari agar tidak melakukan kesalahan tersebut. Klik sini untuk download ==> http://goo.gl/Pjqs5 Advertisement