Mempelawa Calon-Calon yang berkelayakan dan mempunyai pengalaman untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. PENGURUS (PEMASARAN/OPERASI)

SYARAT KELAYAKAN:
- Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pemasaran/Pentadbiran Perniagaan/Pengurusan/Pengurusan Operasi yang diiktiraf oleh MQA atau yang setaraf dengannya.
- Kepujian Bahasa Melayu, Matematik dan 3 subjek lain serta lulus Ujian Lisan Bahasa Melayu di peringkat SPM.
- Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang pemasaran produk sejuk beku atau produk-produk lain.
- Mampu menyediakan pelan perniagaan, melaksanakan dan bekerja di bawah pengawasan minimum dan berdisplin.
- Bersedia bekerja melebihi masa dan di luar kawasan.
- Mempunyai kenderaan sendiri.
- Mempunyai kemahiran yang baik dalam komunikasi dan penulisan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
- Tempoh lantikan secara kontrak satu (1) tahun sebelum diserapkan secara tetap sekiranya mencapai prestasi yang ditetapkan.
- Permohonan daripada anak nelayan yang berkelayakan amat dialu-alukan.

2. PELATIH EKSEKUTIF

SYARAT KELAYAKAN:
- Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan/Pengurusan/Ekonomi yang diiktiraf oleh MQA atau yang setaraf dengannya.
- Kepujian Bahasa Melayu, Matematik dan 3 subjek lain serta lulus Ujian Lisan Bahasa Melayu di peringkat SPM.
- Mempunyai pengalaman kerja pada peringkat Eksekutif/Pengurusan adalah satu kelebihan.
- Mempunyai kemahiran yang baik dalam komunikasi dan penulisan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
- Tempoh percubaan 6-12 bulan sebelum diserapkan ke jawatan tetap.
- Permohonan daripada anak nelayan yang berkelayakan amat dialu-alukan.

3. PEGAWAI KEWANGAN

SYARAT KELAYAKAN:
- Diploma Perakaunan yang diiktiraf oleh MQA atau yang setaraf dengannya.
- Kepujian Bahasa Melayu dan Matematik serta lulus Ujian Lisan Bahasa Melayu di peringkat SPM.
- Mempunyai kemahiran dalam menggunakan komputer terutamanya dalam perisian sistem perakaunan.
- Mempunyai kemahiran yang baik dalam komunikasi dan penulisan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
- Permohonan daripada anak nelayan yang berkelayakan amat dialu-alukan.

4. KERANI AKAUN

SYARAT KELAYAKAN:
- Lulus dalam SPM
- Kepujian Bahasa Melayu dan Matematik serta lulus Prinsip Akaun dan Ujian Lisan Bahasa Melayu di peringkat SPM.
- Mempunyai sijil dalam bidang perakaunan adalah satu kelebihan.
- Mahir dalam menggunakan komputer dan berpengalaman dalam menggunakan perisian sistem perakaunan adalah satu kelebihan.
- Permohonan daripada anak nelayan yang berkelayakan amat dialu-alukan.

CARA MEMOHON:
- Calon yang berminat, sila hantarkan permohonan yang lengkap disertakan dengan sekeping gambar ukuran pasport (tidak dikembalikan), salinan dokumen/sijil kelayakan yang berkaitan dan semua permohonan perlu sampai sebelum atau pada 21 Mac 2011 (Khamis) ke alamat berikut dengan mecatatkan jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat. Permohonan daripada anak-anak nelayan amat dialu-alukan.

PENGURUS BESAR
PERSATUAN NELAYAN KEBANGSAAN (NEKMAT)
NO. 152, 1st FLOOR JALAN 2/3A,
PUSAT BANDAR UTARA, KM12 OFF JALAN IPOH,
68100 KUALA LUMPUR.

Pertanyaan: 03-61361808 (En. Mohamad Zamzuarie bin Mohamad Noor / Pn. Jamilah binti Ahmad)
Email : info@nekmat.com / zam@nekmat.com

Nota:
Sila sertakan salinan kad nelayan / kad keahlian PNK pejaga sebagai bukti anak nelayan.

Tarikh Tutup Permohonan : 21 Mac 2011 Advertisement