LKPP CORPORATION SDN. BHD.No. Pendaftaran Syarikat : (199769 – V )
(Syarikat Kumpulan Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang)

Kami mempelawa calon-calon warga Malaysia terutamanya anak Negeri Pahang yang berkelayakan untuk memenuhi jawatan kosong
di bawah :-

1.  Penolong Pengurus Ladang/ Kadet Ladang
Kelayakan :
• Calon-calon mestilah memiliki sekurang-kurangnya Diploma Pertanian atau Diploma In Planting Industry Management atau
kelayakan-kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2.  Pegawai Eksekutif Teknologi Maklumat
Kelayakan :
• Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat atau Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ATAU
Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat atau Kejuruteraan Komputer dengan pengalaman
sekurang-kurang 5 tahun dalam bidang berkaitan.
• Kemahiran : i) Keutamaan (JAVA, JSP, MYSQL, HTML, XML, Macromedia Dreamweaver)
                   ii) Pilihan (J2EE, EJB, Spring Framework, Jasper Report)
• Boleh bekerja dengan pengawasan yang minima dan secara berkumpulan.
Sanggup bekerja lebih masa dan bersedia untuk bertugas di mana-mana yang diarahkan.
• Memiliki lesen memandu Kelas ‘B’ atau ‘D’ dan mempunyai kenderaan sendiri adalah satu  kelebihan.

3.  Eksekutif Rendah Teknologi Maklumat
Kelayakan :
• Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat atau Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
• Kemahiran : i) Keutamaan (JAVA, JSP, MYSQL, HTML)
                   ii) Pilihan (J2EE, EJB, Spring Framework, Jasper Report)
• Boleh bekerja dengan pengawasan yang minima dan secara berkumpulan.
Sanggup bekerja lebih masa dan bersedia untuk bertugas di mana-mana yang diarahkan.
• Memiliki lesen memandu Kelas ‘B’ atau ‘D’ dan mempunyai kenderaan sendiri adalah satu  kelebihan.

4.  Juruteknik Komputer
Kelayakan :
• Sijil Teknologi Maklumat dari Politeknik atau kelayakan-kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
• Memiliki lesen memandu kelas ‘B’ dan mempunyai kenderaan sendiri adalah satu kelebihan.
• Sanggup bekerja lebih masa.

Calon-calon yang berminat sila kemukakan surat permohonan dengan menyertakan salinan sijil-sijil yang berkaitan dan gambar
berukuran pasport (tidak dikembalikan). Hanya calon-calon yang di senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 6hb. Mei 2011. Sila hantarkan permohonan kepada alamat seperti di bawah:-

PENGARAH URUSAN
LKPP CORPORATION SDN. BHD.
NO. 45/4, JALAN TELUK SISEK
25000 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
NO. TEL : 09-5165180/
www.lcsb.com.my

Advertisement