IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
DI KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
  1. a) Jawatan : PEMANDU KENDERAAN  (R3)
    b) Agensi : Kementerian Perusahaan Perladangan  dan Komoditi
    c) Kumpulan
    Perkhidmatan     
    : Sokongan
    d) Klasifikasi
    Perkhidmatan
    : Perkhidmatan Mahir, Separuh Mahir, Tidak Mahir
    e) Jumlah
    Kekosongan
    : 1 Kekosongan
  2. Jadual Gaji : Gred R3
    Gaji : P1T1 RM 701.42 - P1T17 RM 1354.86

    P2T1 RM 743.89 - P2T17 RM 1423.41

    P3T1 RM 787.99 - P3T17 RM 1493.59
  3. Elaun dan kemudahan
    Calon-calon yang dilantik adalah layak menerima elaun dan kemudahan berikut:
    a. Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 95.00
    b. Imbuhan Tetap Perumahan : RM 180.00
    c. Elaun Bantuan Sara Hidup : RM 300.00
    d. Elaun Bertugas Rasmi

    e. Cuti Rehat Tahunan (20 hari setahun)

    f. Rawatan Perubatan Percuma di Hospital/Klinik Kerajaan

  4. Syarat Lantikan
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
      1. Tamat Darjah 6 Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan;
      2. Memiliki Lesen Memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali Lesen Memandu Dalam tempoh Percubaan (P)];
      3. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji Permulaan pada Gred R3 ialah:

        Lesen D P1T3

        Lesen E/E1/E2 P1T4

        Lesen F/H P1T5

        Lesen G/I P1T6
    3. Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
  5. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Rendah Awam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. Mempunyai kelayakan di perenggan 3 (c) (ii) dan (iii) diatas;dan
    2. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
  6. Taraf Jawatan : Tetap
  7. Tempat Bertugas : Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi
  8. Penaklukan di bawah syarat-syarat perkhidmatan
    Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
  9. Fungsi Bidang Tugas
    Bertanggungjawab memeriksa dan memastikan kenderaan dalam keadaan bersih,baik, memandu kenderaan dalam keadaan selamat, mencatatkan pergerakan kenderaan ke dalam buku log dan melaporkan sebarang kerosakan / kemalangan kepada pegawai penjaga.
  10. Cara memohon
    (a)       Permohonan hendaklah dibuat dalam borang yang boleh didapati di laman web Kementerian (www.kppk.gov.my) atau  di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Aras 6, No.15, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62654 Putrajaya.
    (c)        Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan sijil kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan yang berkelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan.
    (d)       Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama salinan-salinan Kenyataan-kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan Laporan Prestasi yang disahkan.
    (e)       Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23cm x 30cm. Di sudut kiri sampul surat hendaklah ditulis nama JAWATAN YANG DIPOHON
  11. Alamat Pemohonan dan Tarikh Tutup
    Permohonan hendaklah sampai kepada:
    Ketua Setiausaha
    Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
    No. 15, Aras 6-13
    Persiaran Perdana, Presint 2
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62654 Putrajaya
    (u.p. : SUB Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

    (a)       Tarikh Tutup             :           29 April 2011
  12. 12.Permohonan Yang Ditolak
    Permohonan yang berikut akan ditolak:
    1. Tidak menggunakan borang yang ditetapkan;
    2. Tidak disertakan salinan dokumen yang telah ditetapkan;
    3. Tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan;
    4. Tidak ditulis nombor kad pengenalan;
    5. Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi mereka yang sedang berkhidmat; dan
    6. Tidak menandatangani borang permohonan.
  13. Catatan Am
    1. Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga.
    2. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.
    3. Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.
Muat Turun :
Borang Permohonan Jawatan kosong  [Muat turun]
Advertisement