IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
DI KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
  1. a) Jawatan : Pembantu Am Pejabat (Gred N1)
    b) Agensi : Kementerian Perusahaan Perladangan  dan Komoditi
    c) Kumpulan
    Perkhidmatan     
    : Sokongan
    d) Klasifikasi
    Perkhidmatan
    : Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
    e) Jumlah
    Kekosongan
    : 2 Kekosongan
  2. Jadual Gaji : Gred N1
    Gaji : P1T1 RM 649.15 - P1T22 RM 1506.79

    P2T1 RM 691.62 - P2T22 RM 1583.49

    P3T1 RM 735.72 - P3T22 RM 1661.82
  3. Elaun dan kemudahan
    Calon-calon yang dilantik adalah layak menerima elaun dan kemudahan berikut:
    a. Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 95.00
    b. Imbuhan Tetap Perumahan : RM 180.00
    c. Elaun Bantuan Sara Hidup : RM 300.00
    d. Elaun Bertugas Rasmi

    e. Cuti Rehat Tahunan (20 hari setahun)

    f. Rawatan Perubatan Percuma di Hospital/Klinik Kerajaan

  4. Syarat Lantikan
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    3. Berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan;dan
    4. Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
      (Gaji Permulaan ialah pada Gred N1:P1T2)
  5. Fungsi Bidang Tugas
    Bertanggungjawab dalam mengedar surat-surat kepada pengawai-pengawai, membuat tugas fotostat, menyusun, menjilid dokumen-dokumen yang di fotostat, mengangkat barang-barang / alat-alat bekalan daripada stor dan sebagainya serta mengemas dan menyusun atur bilik mesyuarat / bilik gerakan sebelum dan selepas mesyuarat.
  6. Penaklukan Bidang Tugas
    Pengawai-pengawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa
  7. Cara memohon
    (a)       Permohonan hendaklah dibuat dalam borang yang boleh didapati di laman web Kementerian (www.kppk.gov.my) atau  di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Aras 6, No.15, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62654 Putrajaya.
    (c)        Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan sijil kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan yang berkelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan.
    (d)       Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama salinan-salinan Kenyataan-kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan Laporan Prestasi yang disahkan.
    (e)       Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23cm x 30cm. Di sudut kiri sampul surat hendaklah ditulis nama JAWATAN YANG DIPOHON
  8. Alamat Pemohonan dan Tarikh Tutup
    Permohonan hendaklah sampai kepada:
    Ketua Setiausaha
    Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
    No. 15, Aras 6-13
    Persiaran Perdana, Presint 2
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62654 Putrajaya
    (u.p. : SUB Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

    (a)       Tarikh Tutup             : 16 MEI 2011
  9. Permohonan Yang Ditolak
  10. Permohonan yang berikut akan ditolak:
    1. Tidak menggunakan borang yang ditetapkan;
    2. Tidak disertakan salinan dokumen yang telah ditetapkan;
    3. Tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan;
    4. Tidak ditulis nombor kad pengenalan;
    5. Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi mereka yang sedang berkhidmat; dan
    6. Tidak menandatangani borang permohonan.
  11. Catatan Am
    1. Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga.
    2. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.
    3. Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.
Muat Turun :
Borang Permohonan Jawatan kosong  [Muat turun]
Advertisement