KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Bahagian Pembangunan Dan Pemantauan Projek
Cawangan Negeri Sabah
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas adalah
dipelawa untuk mengisi kekosongan bagi jawatan seperti berikut:

1. Jawatan/ Kumpulan/ Skim Perkhidmatan
(a) Jawatan : Pengurus Medan Infodesa (MID)
(b) Jabatan : KementerianKemajuanLuar Bandar Dan Wilayah
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) KlasifikasiPerkhidmatan : PerkhidmatanMahir/ SeparuhMahir/TidakMahir.

2. Jadual Gaji
a. Kadar Gaji Harian = RM 35.67 sehari
b. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) Harian = RM 5.00 sehari
c. Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) = RM 4.35 sehari
d. Elaun Lebih Masa = RM 3.93 sejam

3. Syarat Lantikan:
a) Lulus SPM/STPM/Diploma – Berkebolehan dan mempunyai sijil ICT yang
diiktiraf oleh JPA.
b) Warganegara Malaysia
c) Berumur tidak kurang dari 18 tahun
d) Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia/ Bahasa Inggeris.

4. TarafJawatan : Kontrak

5. Penaklukan di bawah syarat-syarat Skim Perkhidmatan :
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

6. Fungsi BidangTugas
(a) Memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan tentang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada masyarakat luar Bandar.
(b) Meningkatkan penggunaan dan penguasaan serta literasi komputer dikalangan pemimpin masyarakat luar Bandar.
(c) Memberi kemahiran yang sesuai kepada masyarakat luar Bandar bagi melahirkan usahawan ICT dan masyarakat yang berkemahiran serta dapat menggunakan kemahiran tersebut untuk meningkatkan tahap sosio-ekonomi mereka.

7. Kekosonganjawatan.
(a) Pengurus Medan Infodesa (MID)
a.i. MID Kg. Usaha jaya, Daerah Kinabatangan.( 1 kekosongan )
a.ii. MID Kg. BatanganBaru, Daerah Tuaran.( 1 kekosongan )
a.iii. MID Kg. BabagonBaru, Daerah Tuaran.( 1 kekosongan )
a.iv. MID Kg. Tomani, Daerah Tenom.( 1 kekosongan )
a.v. MID Kg. UluSapi, Daerah Beluran.( 1 kekosongan )
a.vi. MID Kg. Gum-Gum, Daerah Sandakan. ( 1 kekosongan )
a.vii. MID Kg. PintasKubu, Daerah Beaufort.( 1 kekosongan )
a.viii. MID Kg. Benoni, Daerah Papar. ( 1 kekosongan )
a.ix. MID Kg. Pinatau, Daerah Kota Marudu.( 1 kekosongan )

8. a) Calon-calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat lantikan sila membuat permohonan di laman web www.jobsmalaysia.gov.my sebelum 15 Jun 2011(Rabu).
b) Dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa temuduga adalah seperti berikut:
a.i. Kad pengenalan dan sijil kelahiran (asal)
a.ii. 2 keping gambar berukuran passport
a.iii. Sijil kelulusan persekolahan bantuan penuh kerajaan atau sijil yang berkaitan (asal)
a.iv. Sijil berhenti sekolah (asal); dan
a.v. Salinan fotostat (yang disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan A)
(c )Jabatan ini tidak akanbertanggungjawab atas semua perbelanjaan calon-calon yang akan menghadiri temuduga tersebut.Hanya calon yang Berjaya akan dimaklumkan.

Cara-cara Memohon Advertisement