Sunday, June 5, 2011

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

http://2.bp.blogspot.com/_-dJ8wyDW6EM/TEFM1L8KS9I/AAAAAAAAACI/RsrFfl61bl0/S258/Logo_MAIWP.png

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) :

Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (DG41) - Guru Kemahiran Hidup

Kementerian/Jabatan/Badan : Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Berkanun/Kuasa Tempatan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Perdidikan Taraf Jawatan : Kontrak

Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau (Gaji permulaan : RM2,018.52)
  • ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau (Gaji permulaan : RM2,222.94)
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan (Gaji permulaan : RM2,836.19)
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan dan Diploma Pendidikan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan : RM2,938.40)
:: CARA MEMOHON ::
(i) Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan MAIWP/BKP/BP/08 yang boleh diperolehi dengan melayari laman web di http://www.maiwp.gov.my

(ii) Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang telah disahkan seperti berikut:-
  • Ijazah/Diploma/Sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan, sijil berhenti sekolah dan sijil kelahiran.
  • Transkrip keputusan semua semester bagi calon-calon yang mendapat kelayakan ijazah dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan yang mengandungi CGPA. Transkrip yang tidak menyatakan CGPA tidak akan diterima.
  • Permohonan daripada Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, Badan berkanun atau kuasa tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan salinan laporan penilaian prestasi tahun terkini
  • perlu disertakan bersama.
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan disudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON.

Permohonan berikut AKAN DITOLAK :
a. Tidak disertakan gambar passport (yang terkini);
b Tidak disertakan dokumen yang diperlukan;
c. Tidak lengkap atau tidak terang;
d. Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan; dan
e. Tidak ditandatangani.

Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun;

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP :
Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
Aras 10, Bangunan PERKIM
No. 150, Jalan Ipoh
51200 KUALA LUMPUR

SEBELUM ATAU PADA : 15 JUN 2012

:: CATATAN AM ::
- Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Maklumat lanjut dam Borang Permohonan Sila KLIK SINI

No comments:

Post a Comment