Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Anak Negeri Melaka) untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) seperti berikut :


Iklan Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
Bil Jawatan Kumpulan Perkhidmatan Taraf Jawatan
1 Pegawai Penilaian Gred W41 Pengurusan dan Profesional Tetap (1 Kekosongan)
2 Pemandu Kenderaan (Bas Panorama) Gred R3 Sokongan Sambilan (2 Kekosongan)
3 Pemandu Kenderaan (Skylift) Gred R3 Sokongan Sambilan (1 Kekosongan)

Cara Memohon :
  • Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya yang boleh didapati dari di laman web MPHTJ iaitu http://www.mphtj.gov.my atau datang sendiri ke Jabatan Pengurusan, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.

  • Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan kepada anak kelahiran Negeri Melaka.

  • Permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan sijil-sijil kelayakan dan dokumen yang disahkan. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan akan ditolak.

  • Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan salinan kenyataan perkhidmatan yang telah dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) terkini dan dihantar melalui majikan masing-masing.

  • Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar di dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm. Disudut atas sebelah kiri sampul hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon.

  • Alamat permohonan dan tarikh tutup permohonan :

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
Lot F51 & F52, Tingkat 1,
Kompleks Melaka Mall,
Jalan Tun Abdul Razak,Ayer Keroh,
75450 Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Melaka
( u.p : Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan)
Tarikh Tutup Permohonan
A. PEGAWAI PENILAIAN GRED W41 : 31 OKTOBER 2011
B. PEMANDU KENDERAAN (BAS PANORAMA) GRED R3 : 25 OKTOBER 2011
C. PEMANDU KENDERAAN (SKYLIFT) GRED R3 : 31 OKTOBER 2011
Advertisement