Program KEPAK 2011 (Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran) adalah satu program pembangunan modal insan di bawah strategi kedua Bajet Kerajaan Negeri Johor 2011 iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

Secara ringkasnya, ianya merupakan satu program pendedahan dan padanan secara turun padang yang lebih holistik dan agresif melibatkan semua agensi kerajaan dan swasta dalam usaha mempertingkatkan tahap pendapatan dan taraf hidup rakyat yang lebih bersepadu dan berkesan.

Program ini akan berlangsung di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Ledang pada 24 November - 27 November 2011 bermula jam 9 pagi sehingga 6 petang. Maklumat lanjut sila layari laman web rasmi KEPAK. Advertisement