SIRIM Berhad merupakan sebuah anak syarikat milik penuh kerajaan yang terlibat di dalam pembangunan teknologi dan penyelidikan serta perkhidmatan kualiti. Kami sedang mencari individu yang bermotivasi tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. JURUTEKNIK / PEMBANTU PEREKA GRED 14

KELAYAKAN:
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM); ATAU
  • Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan tiga (3) tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan grafik / pembungkusan / rekabentuk perindustrian / pembuatan mock-up atau model; ATAU
  • Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan SKM (Tahap 2) dalam bidang berkaitan grafik/ pembungkusan/rekabentuk perindustrian/pembuatan mock-up atau model.
KEPERLUAN:
  • Berpengetahuan dalam bidang lukisan grafik, fotografi, pembangunan pembungkusan, percetakan pembungkusan dan label.
  • Berpengetahuan dalam bidang rekabentuk perindustrian, pembuatan model/prototaip
  • Berkemahiran dalam penggunaan sistem komputer Macintosh (2D CAD) / (3D CAD) seperti lllustrator, Photo Shop, Solidworks, 3d Max dan sebagainya untuk menghasilkan kerja serta mampu menyelenggara alatan yang digunakan.
  • Matang dan berfikiran terbuka untuk menerima teknologi dan maklumat terkini.
  • Mahir dalam menyelesaikan masalah berkaitan tugas
Calon-calon yang berminat bolehlah membuat permohonan dengan melayari laman web www.sirim.my pada atau sebelum 26 Disember 2011.

INFO LANJUT Klik Sini Advertisement