Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ditubuhkan pada peringkat awalnya dengan nama Urusetia Majlis dengan tujuan untuk melancarkan perjalanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).Ia diwujudkan pada 1 Februari 1974. Apabila Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) ditubuhkan pada tahun 1978, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diletakkan di bawah Kementerian ini. Walaubagaimanapun, pada tahun 1987 Kementerian ini telah dimansuhkan. Maka, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diletakkan pula di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sehingga kini.
Sejak awal penubuhannya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tidak pernah menoleh ke belakang malah terus berkembang hingga ke hari ini dengan kewujudan 2 cawangan iaitu Cawangan Labuan diwujudkan pada 16 April 1984 manakala Cawangan Putrajaya pula diwujudkan pada 1 Ogos 2001.
JAWI kini sedang mencari calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Mubaligh


KLIK SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan: 26 Januari 2012 Advertisement