Pada masa pemerintahan baginda Sultan Yussuf Izzudin Shah inilah, Kerajaan Negeri secara rasmi menubuhkan Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak pada 1 Muharam 1369 Hijrah bersamaan 23 Oktober 1949. Undang-undang khusus berhubung pentadbiran agama Islam dan adat melayu di negeri ini telah diluluskan secara rasmi pada 1 Mei 1952. Dengan penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, pentadbiran Balai Syara’ dan Komiti Quran Perak yang berada di Kuala Kangsar, telah disatukan di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan dipindahkan ke Ipoh. Manakala, pentadbiran Balai Syara’ yang sedia ada telah diserapkan di bawah pentadbiran Pejabat Kadi Kuala Kangsar. Pejabat rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak yang pertama telah ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

MAIAMP kini mempelawa individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:
1. Pegawai Tadbir
2. Penolong Pegawai Undang – Undang
3. Penolong Pegawai Tadbir
4. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
5. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
6. Pembantu Tadbir (Kewangan)
7. Pembantu Operasi


KLIK SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan: 7 Mac 2012 Advertisement