Sunday, February 12, 2012

Jawatan Kosong Perbadanan Bioteknologi dan Biodivesiti Negeri Johor (JBiotech)


Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (J-BioTech) merupakan sebuah organisasi badan berkanun di bawah kerajaan Negeri Johor. J-BioTech mula ditubuhkan pada 23 Oktober 2005 di bawah penyeliaan Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ) dan dikenali sebagai  Sekretariat Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor.
Pada 27 April 2006, Sekretariat Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor telah diperbadankan dengan nama Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (J-BioTech) di bawah Enakmen No.3 Tahun 2006 Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor yang dipengerusikan sendiri oleh Y.A.B. Menteri Besar Johor Dato’ Hj Abdul Ghani bin Othman.

Permohonan adalah dipelawa daripada kalangan rakyat Negeri Johor untuk mengisi jawatan berikut di Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor :

1. Penolong Pegawai Tadbir (N3-1)
2. Penolong Pegawai Penyelidik – Mikrobiologi (Q2-1)
3. Pembantu Tadbir Kewangan (N4-1)

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan : 17 Februari 2012

Follow Us