Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) telah ditubuhkan pada 8 Mei 1995 selepas pembubaran Kementerian Undang-Undang Malaysia. Pada waktu itu, Bahagian ini terdiri daripada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP), Biro Bantuan Guaman, Jabatan Pemegang Harta, dan Jabatan Pemegang Amanah dan Pentadbir Pusaka. Walau bagaimanapun, mulai 1 Ogos 1995, Jabatan Pemegang Amanah dan Pentadbir Pusaka telah diperbadankan dan dikenali sebagai Amanah Raya Berhad. Susulan itu, keseluruhan pentadbiran agensi berkenaan telah terkeluar dari BHEUU melainkan perkara-perkara berkaitan pewartaan para pegawai Amanah Raya bagi tujuan kehadiran di mahkamah.

BHEUU kini mempelawa individu yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) – Pekerja Singkat Harian

Calon berminat boleh hantarkan resume kepada zulfikri.omar@bheuu.gov.my
Maklumat lanjut lawati web BHEUU atau JobsMalaysia
Tarikh Tutup Permohonan: 17 April 2012 Advertisement