Mulai 1957 hingga 1967, perjuangan untuk penubuhan universiti kebangsaan menjadi semakin bersemarak sebagai memenuhi tuntutan dan semangat kemerdekaan bangsa dan negara. Sehubungan itu, pada 1968 segolongan cendekiawan Melayu telah membentuk sebuah jawatankuasa penaja yang berperanan merancang penubuhan sebuah universiti kebangsaan. Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan dan rakyat untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua bidang pangajian dan keilmuan. Kegigihan, tekad dan semangat perjuangan yang berkobar-kobar dan tidak pernah luput itu telah mencapai kejayaan dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 18 Mei 1970. Kumpulan pertama pelajar prasiswazah seramai 192 orang mula mendaftar di tiga buah fakulti, iaitu Fakulti Sains, Fakulti Sastera dan Fakulti Pengajian Islam pada Mei 1970.

Kami memerlukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi jawatan-jawatan seperti berikut:

1. Pegawai Sains
2. Pegawai Teknologi Maklumat
3. Pegawai Keselamatan
4. Pegawai Penyelidik
5. Pegawai Pergigian
6. Penolong Jurutera
7. Juruteknologi Makmal Perubatan
8. Penolong Pegawai Sains
9. Penolong Akauntan
10. Pereka
11. Juruteknik Komputer
12. Juruteknik
13. Pelukis Pelan
14. Pembantu Keselamatan
15. Pembantu Tadbir
16. Penyelia Asrama
17. Pembantu Setiausaha Pejabat
18. Pembantu Perpustakaan
19. Pembantu Pembangunan Masyarakat
20. Pembantu Pembedahan Pergigian
21. Pembantu Tadbir (Kewangan)
22. Pengawal Keselamatan
23. Tukang K3
24. Pembantu Am Pejabat


KLIK SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan: 30 April 2012 Advertisement