Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.

1. JURUTERA J41
2. PENOLONG AKAUNTAN W27
3. PENOLONG JURUUKUR BAHAN J29
4  PEMBANTU PERTANIAN G17
5. AHLI MUZIK B31
6. AHLI MUZIK B27
7. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S27
8. PENOLONG JURUUKUR BAHAN J29
9. JURUTERA J41

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:

i) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

ii) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan
Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod
Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini;

iii) Permohonan daripada kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam yang sedang berkhidmat
hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan;

iv) Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan;

v) Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;

vi) Pemohon-pemohon hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas
sampul surat;

vii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga(3) bulan dari tutup iklan adalah
dianggap tidak berjaya.

PERMOHONAN

Borang (MBSA 1) boleh dibeli di Kaunter Bayaran (Tingkat G) Wisma MBSA dengan harga RM3.00
tunai/naskah.

Permohonan hendaklah dihantar kepada:
Bahagian Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Shah Alam
Tingkat 1, Wisma MBSA, Peti Surat 7200
40706 Shah Alam, Selangor

Tarikh iklan dikeluarkan : 8 Jun 2012
Tarikh tutup permohonan adalah pada : 21 Jun 2012

Maklumat Jawatan Sila Klik Sini Advertisement