Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi mempelawa semua Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan PSH Gred 41 bagi sesi pengambilan bulan Oktober tahun 2012.
Syarat-syarat Permohonan
  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki  Ijazah Sarjana Muda dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) mencapai sekurang-kurangnya 2.5
  • Mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik
Keutamaan Kelayakan
  • Berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  • Mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang jenis kerja yang perlu dilaksanakan seperti pengurusan dan pentadbiran pejabat.
  • Mempunyai perwatakan & peribadi yang proaktif dan mampumenjalaskan tugas/ arahan dengan pemantauan yang minimum.
Tawaran Pelantikan
  • Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (Ijazah)
  • Gred : 41
  • Taraf Lantikan : Sambilan
  • Tempoh Perkhidmatan : 6 bulan mulai tarikh melapor diri
  • Kadar Bayaran : RM 100 sehari (akan dibayar berdasarkan bilangan hari bertugas)
  • Waktu Bekerja : 9 jam sehari termasuk waktu rehat
Cara Memohon
  • Permohonan hendaklah menggunakan borang seperti yang dilampirkan.
klik di sini untuk muat turun borang permohonan
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:
    • Resume
    • Salinan kad pengenalan
    • Salinan Ijazah beserta transkrip
    • Salinan sijil-sijil yang berkaitan
  • Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 5 Oktober 2012 (Jumaat)
  • Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh tutup permohonan.

  • Semua permohonan yang lengkap diisi beserta dengan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dikemukakan kepada:
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 15, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P Putrajaya
(u.p.: Urusan Pengambilan PSH)

Pertanyaan
Sebarang permasalahan atau persoalan berhubung tawaran ini boleh merujuk kepada pegawai-pegawai berikut:

Cik Siti Nur Diana binti Azizan Khamat
(Emel) diana.sps@mohe.gov.my
(Tel) 03 – 8870 5220 (Faks) 03 – 8870 6814

Pn. Shuhada binti Mohd Kasim
(Emel) shuhada@mohe.gov.my
(Tel) 03 – 8870 5226 (Faks) 03 -8870 6814


En. Affendi Nayan
(Emel) affendi.psh@mohe.gov.my
(Tel) 03 – 8870 4270 (Faks) 03 -8870 6814


Advertisement