MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) meneruskan penganjuran Karnival Pendidikan MARA (KPM) kali ke-14 pada tahun 2013 dalam usaha menyalurkan maklumat berkenaan peluang-peluang pendidikan dan perancangan kerjaya. Penganjuran KPM ini mampu memastikan golongan pelajar dan belia serta graduan membuat pilihan bijak dalam menentukan hala tuju karier pada masa hadapan.

Lebih 200 ruang pameran bakal disertai oleh majikan dan syarikat yang menawarkan peluang kerjaya dalam bidang berkaitan dengan NKEA. Pengunjung yang berminat untuk menghadiri temu duga terbuka dikehendaki membawa resume dan sijil-sijil berkaitan.

Dengan kehadiran pengunjung melebihi 200,000 pada setiap tahun, Karnival Pendidikan MARA merupakan negara ini dengan fokus utama membangunkan modal insan kelas pertama yang diperlukan negara. Justeru itu, IPTA/S, majikan dan usahawan terutama dalam perniagaan berkaitan pendidikan perlu merebut peluang ini untuk menyertai jelajah KPM 2013 di 10 lokasi yang terpilih.

MORE INFO KLIK SINI Advertisement