Polis Diraja Malaysia terdiri daripada 102,037 orang pegawai dan anggota. Keanggotaan ini mencerminkan kepelbagaian penugasan yang dijalankan oleh PDRM, dari Tugas Am yang menjalankan tugas tradisional kepolisan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat, sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang menjalankan tugas-tugas ‘non-regulatory’ seperti pencegahan kemasukan pendatang tanpa izin dan peperangan menentang kebangkitan pengganas komunis suatu ketika dahulu.
Permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
jawatan :-

1. Inspektor (Lelaki/Wanita)
2. Sarjan (Lelaki/Wanita)
3. Konstabel (Lelaki/Wanita)
4. Konstabel Sokongan (Lelaki/Wanita)

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (PMR / SPM / STPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (PhD) pada tarikh pendaftaran. Sila rujuk Skim Perkhidmatan PDRM.

Permohonan adalah menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i) yang boleh diperolehi melalui pautan ini : http://putra3.spa.gov.my/online/BORANGSPA8I. Advertisement