Jawatan Kosong Jabatan Audit Negara (JAN)

Jawatan Kosong Jabatan Audit Negara Negeri Sembilan sebagai PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH), Syarat-Syarat permohonan jawatan seperti berikut :

A. PEMANDU KENDERAAN GRED R3

a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) i) Sijil Pelajaran Malaysia;
ii) Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [ kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini; dan
d) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Malaysia dengan baik.

B. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R17

i) Membaiki sebarang kerosakan elektrik dan memulihkan perkakas suis voltan rendah serta membuat ujian elektrik pada setiap; dan
ii) Menyenggara dan memeriksa semua pendawaian, suis, starter panel dan control panel serta motor elektrik dan peralatan lain-lain yang berkenaan.

Kadar Upah : RM54.00 sehari

Tempoh Perkhidmatan : Tempoh perkhidmatan PSH tidak melebihi tiga (3) bulan.Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan perkhidmatan, tempoh berkenaan boleh dilanjutkan oleh Ketua Jabatan sehingga maksimum tiga (3) bulan lagi.

Waktu Bekerja : Sembilan (9) jam sehari termasuk waktu rehat.

Dokumen yang diperlukan semasa temuduga
:

1) Salinan MyKad
2) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
4) Salinan Sijil-sijil
5) Biodata/resume terkini
6) Gambar berukuran pasport terkini.

Tarikh tutup permohonan: , Isnin 15 April 2013 (jam 4.00 petang)

Hantarkan permohonan lengkap dan resume ke alamat berikut:

Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan,
Jabatan Audit Negara Negeri Sembilan,
Wisma Audit, Jalan Haruan 2, Oakland Commercial Centre,
70300 Seremban 2,
Negeri Sembilan Darul Khusus.


atau setiap pertanyaan boleh menghubungi email:

zahariah@audit.gov.my
razis_iskandar@audit.gov.my


atau hubungi di talian 06-7629700

Tarikh Akhir Permohonan : 15 April 2013.

Advertisement