Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST) merupakan sebuah kolej Swasta milik penuh Bumiputera, bertempat di Kelantan. KIST dikendalikan oleh KIST Group Holdings Sdn Bhd dan modal saham berbayar yang dibenarkan adalah RM 25 Juta.KIST telah didaftarkan sebagai IPTA swasta pada tahun 1998.
Jawatan Kosong Di UniKIST Ogos 2013
Jawatan : Pensyarah

1. Teknologi Maklumat (IT)
2. Kesihatan Persekitaran
3. Fisioterapi

Kelayakan:-

a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) mempunyai tahap kesihatan yang disahkan oleh doktor yang bertauliah;
d) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan; dan
e) kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan)
f) Calon harus mempunyai kelulusan minima Sarjana atau Doktor Falsafah dalam bidang berkaitan.
g) Kakitangan akademik yang dilantik akan terlibat dalam pelbagai tugasan yang berkaitan dengan proses pembelajaran dan pengajaran dalam membantu memantapkan halatuju dan kualiti akademik mengikut standard yang dikehendaki dan tugasan berkaitan dengan pembangunan organisasi.

Perhatian kepada pemohon:-

a) Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan perjawatan di ;-
Pejabat KIST Group Holdings Sdn Bhd, Tingkat 2, Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, Kelantan.
Kampus Utama Ibnu Sina, Bachok, Kelantan.
Mana-mana cawangan KIST yang berdekatan.

b) Bagi pemohon yang tinggal berjauhan dan berminat mengisi kekosongan jawatan tersebut, pemohon boleh mendapatkan borang permohonan dengan menghantar sampul surat beralamat sendiri, bersaiz A4 bersetem RM1.00 dan wang pos atas nama KOLEJ ISLAM SAINS DAN TEKNOLOGI berjumlah RM5.00 untuk bayaran wang proses.

c) Pemohon juga boleh memohon dengan menghantar resume kepada hr.kgh@kist.edu.my.

d) Tarikh tutup permohonan adalah 31 Ogos 2013 dan pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

e) Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta sijil-sijil yang disahkan hendaklah dihantar ke alamat:-

Bahagian Sumber Manusia
KIST Group Holdings Sdn.Bhd.
Tingkat 2, Kelantan Trade Centre,
Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu,
Kelantan.
09-7444223 Advertisement