Jawatan Kosong Di LKPP Ogos 2013 
Warganegara Malaysia terutama Rakyat Negeri Pahang yang berkelayakan dan mempunyai minat dalam kerja pengauditan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan kosong seperti berikut:-

1. PEGAWAI PERTANIAN GRED G41
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PERTANIAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

2. JADUAL GAJI : Gaji Minimum – Gaji Maksimum
Gred G41 : RM1,914.74 – RM6,804.02

3. SYARAT LANTIKAN : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;(Keutamaan Rakyat Negeri Pahang)
(b) berumur tidak kurang daripada 25 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Mempunyai Kelulusan:-

(i) Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian atau Sains Hortikultur yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi–Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan RM2,221.37 – P1 T4); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang kimia atau biokimia yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan RM2,221.37 – P1 T4); atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan RM2,323.57 – P1 T4);

(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.dan

(e) Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang perladangan kelapa sawit.

4. TARAF JAWATAN : TETAP

5 SYARAT KENAIKAN PANGKAT : Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan

SECARA LANTIKAN Penolong Pegawai Pertanian adalah layak dipertimbangkan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pertanian Gred G41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a) mempunyai kelayakan di perenggan C di atas; dan
(b) berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.
6. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT- : Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan

SYARAT SKIM PERKHIDMATAN Pegawai Pertanian adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

7. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 23 Ogos 2013 (Jumaat)

CARA MEMOHON

(i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang LKPP 1 yang boleh diperoleh melalui Website: www.lkpp.gov.my atau datang sendiri ke Bahagian Pentadbiran LKPP di Ibu Pejabat LKPP Negeri Pahang, Jalan Gambut, Kuantan.

(ii) Borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan terang.

(iii) Semua borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, salinan surat beranak, kad pengenalan, sijil-sijil keputusan peperiksaan dan tamat persekolahan yang telah disahkan daripada salinan asal.

(iv) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21.

(v) Semua permohonan hendaklah dialamatkan seperti berikut:

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian
Negeri Pahang
Jalan Gambut
25990 KUANTAN.

(vi) Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan diterima untuk dipertimbangkan.

CATATAN AM

¥ Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.
¥ Sebarang tuntutan perbelanjaan adalah tanggungjawab pemohon sendiri.
¥ Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya

MORE INFO KLIK SINI Advertisement