Daerah Bentong terletak dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Bentong dan terbahagi kepada 3 mukim iaitu Mukim Bentong, Mukim Sabai dan Mukim Pelangai. Selain dari Bandar Bentong, terdapat beberapa pekan lain yang menjadi tumpuan penduduk seperti di Karak, Bukit Tinggi, Telemong dan Simpang Pelangai. Bandar Bentong berperanan sebagai pusat pentadbiran dan perindustrian bagi daerah Bentong. Di bentong terdapat banyak industri-industri ringan dan sederhana seperti kilang kayu-kayan, kilang pembuatan makanan dan kilang pengumpulan komponen elektrik. Peningkatan kepada pembangunan di bandar telah menyedarkan Majlis Perbandaran Bentong supaya bersedia dengan keperluan dan cabaran-cabaran masa akan datang dalam usaha menjadikan Bandar Bentong sebuah bandar yang maju, makmur dan sejahtera.
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong seperti berikut:
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Bentong September 2013 :
  • Penolong Pegawai Penilaian W32
  • Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
  • Juruteknik Senibina J17
  • Pembantu Am Pejabat N1
Tutup 20 September 2013
CLICK HERE FOR JOB APPLICATION AND HOW TO APPLY Advertisement