Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon dan mengisi jawatan seperti di bawah di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kemaman Terengganu.

1. Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (Subjek Pendidikan Islam)
2. Kekosongan : 1 kekosongan
3. Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan & Profesional
4. Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan
5. Syarat Lantikan : a) Warganegara Malaysia

b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan

c) Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau lain-lain kelayakan pengurusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan
d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

Tarikh tutup iklan: 10hb. September 2013

Maklumat lanjut dan permohonan sila klik sini Advertisement