Jawatan Kosong Di AlHijrah Media Corporation

AlHijrah Media Corporation pengendali stesen TV AlHijrah adalah sebuah syarikat jaminan Kerajaan Malaysia di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kami menyajikan teknologi penyiaran yang canggih dengan menjadi Stesen TV Percuma yang berfungsi sepenuhnya dalam teknologi Digital dan Aplikasi Penyiaran Definisi Tinggi yang pertama di Malaysia. Sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan syarikat, kami sedang mencari calon-calon yang berkelayakan dan berbakat untuk menyertai pasukan TV AlHijrah.

1. PENERBIT TEKNIKAL
Tarikh Tutup : 7 November 2013

Tanggungjawab : -
  • Merancang dan menyelaras keperluan penerbitan dalam setiap rakaman
  • Memberi khidmat dan nasihat dalam setiap penggunaan peralatan
  • Melakukan penyelidikan sebelum satu-satu rakaman itu dijalankan
  • Komunikasi dengan pihak penerbitan serta jabatan lain dalam setiap urusan berkaitan
  • Melakukan semakan senarai barang pada setiap peralatan sebelum keluar tugasan
  • Menyediakan laporan teknikal bagi sesuatu penerbitan yang lengkap kepada Pengurus Penerbitan Teknikal
  • Bertanggungjawab dalam setiap penerbitan dalam mahupun diluar semasa rakaman
Syarat Kelayakan :-
  • STPM atau Diploma dalam teknikal dan penerbitan
  • Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam industri penyiaran
  • Perlu ada sikap kepimpinan dalam mengetuai satu-satu tugasan
  • Pro-aktif dan mampu untuk bekerja secara bebas
  • Komunikasi yang baik dan kemahiran interpersonal
  • Mempunyai motivasi diri yang tinggi

2. JURUKAMERA
Tarikh Tutup : 7 November 2013

Tanggungjawab : -
  • Melaksanakan setiap tugasan penggambaran harian
  • Berkebolehan untuk membuat penggambaran dengan mendapatkan visual yang baik tanpa arahan dan bekerja secara berpasukan
  • Bersedia untuk membuat pengambaran dengan kemahiran yang pelbagai jika ditugaskan ke luar negara untuk membuat liputan berita ataupun program
  • Bekerjasama dengan penerbit rancangan dalam penambahbaikan setiap visual dan audio
  • Mempunyai sikap dan tanggungjawab yang cekap dalam mengendalikan segala urusan di bawah arahan pemberita dan penerbit
  • Mengaturcara penyusunan peralatan dalam tempoh penggambaran antaranya termasuk tripod, monitor, lampu, kabel dan lain-lain
  • Memastikan setiap peralatan yang dibawa semasa dan selepas penggambaran berada dalam keadaan baik
  • Menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari semasa ke semasa 
Syarat Kelayakan :-
  • Sijil atau Diploma dalam bidang Fotografi
  • Sekurang-kurangnya 4 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan
  • Pro-aktif dan mampu untuk bekerja secara bebas
  • Pro-aktif dan mampu untuk bekerja secara bebas
  • Mempunyai disiplin tinggi dan kerjasama berpasukan
  • Komunikasi yang baik dan kemahiran interpersonal

Jawatan: JURUTERA AUDIO
Tarikh Tutup : 3 November 2013

Tanggungjawab : -
  • Mengendalikan proses rakaman suara
  • Mengendalikan proses suntingan audio dan musik serta adunan terakhir untuk program dalaman terbitan syarikat, promo dan TVC
  • Mengendalikan peralatan rakaman dan adunan secara profesional dan mengikut standad penyiaran yang telah ditetapkan
  • Memastikan semua peralatan sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan tidak mengganggu proses tugasan pasca audio 
Syarat Kelayakan :-
  • Ijazah Sarjana Muda atau Diploma dalam bidang penerbitan musik dan audio serta pengkhususan teknikal dalam mengendalikan studio rakaman
  • Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam penerbitan musik dan audio
  • Pengalaman mengendalikan studio rakaman adalah penting
  • Pro-aktif dan mampu untuk bekerja secara bebas
  • Komunikasi yang baik dan kemahiran interpersonal
  • Mempunyai motivasi diri yang tinggi
Peluang pembangunan kerjaya dalam syarikat yang sangat baik. Kami juga menawarkan pakej imbuhan yang menarik kepada calon-calon yang layak.

Pemohon yang berminat hendaklah menghantar resume lengkap mereka menyatakan gaji semasa dan dipohon bersama-sama dengan foto saiz pasport (tidak dikembalikan) kepada:

Jabatan Sumber Manusia
ALHIJRAH MEDIA CORPORATION (TV AlHijrah)
Kompleks Pusat Islam,
Jalan Perdana,
50480 Kuala Lumpur.
Tel : 03-22601600
Fax : 03-22601566
E-mail : jobs@tvalhijrah.com

Hanya calon yang telah disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Sumber Advertisement