Jawatan Kosong Di Perbadanan Bukit Bendera - Jun 2013
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan anak Negeri Pulau Pinang yang berkelayakan bagi mengisi jawatan di Perbadanan Bukit Bendera, Pulau Pinang.

1. PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT GRED F29

DESKRIPSI TUGAS : -
Bertanggungjawab membangun program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, memperkembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, penyelenggaraan sistem dan memberikan latihan serta bantuan teknikal kepada kakitangan Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang.
Requirements
SYARAT – SYARAT LANTIKAN : -
a) Warganegara Malaysia.
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau (Gaji Permulaan : RM1745.69]
d) Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji Permulaan : RM 1820.89]
e) Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
f) Lulus Bahasa Inggeris (Penulisan & Komunikasi)
g) Mempunyai kepakaran di dalam bidang teknikal (Installation Of New Hardware)
h) Mempunyai kemahiran dalam paparan multimedia
i) Berpengetahuan dalam Sistem POS (Point Of Sale).
j) Mempunyai kelebihan dalam pengurusan laman web

Maklumat iklan jawatan dan permohonan secara online sila klik disini

Tarikh tutup permohonan pada 20 Oktober 2013 Advertisement