Jawatan Kosong MAIDAM Januari 2014

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon jawatan sebagai Guru Kelas Bimbingan Saudara Kita.

KETERANGAN
Kelas Bimbingan Saudara Kita anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
(MAIDAM) merupakan kelas khusus kepada golongan saudara kita negeri Terengganu.
Kelas ini bermatlamat memberikan pendidikan fardhu ain secara teori dan praktikal kepada
saudara-saudara kita di negeri Terengganu.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN KHAS

Calon-calon hendaklah:

1. Warganegara Malaysia
Catatan:1. Warganegara asing bagi yang berkenaan sahaja.

2. Sihat fizikal dan mental

3. Berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun pada 1 Januari 2014. Catatan: Calon yang melebihi umur 60 tahun perlu mendapat sokongan daripada Pegawai Agama Daerah dan dipersetujui oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu.

4. Memiliki kelulusan agama Islam dan akademik yang baik serta sijil-sijil sokongan adalah satu kelebihan .

5. Tidak mempunyai rekod jenayah syariah dan sivil

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang yang hanya boleh didapati di alamat :

Bahagian Dakwah,
Tingkat 4,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
20676 Kuala Terengganu,Terengganu.
No.Tel.: 09-6252525
ATAU
Pejabat Agama Daerah masing-masing

MAKLUMAN
1 Calon yang layak sahaja dan disenarai pendek selepas asas tapisan akan dipanggil untuk
ditemuduga.

2. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh akhir temuduga
hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

3. Maklumat permohonan yang tidak lengkap atau tidak benar, boleh mengakibatkan
permohonan tidak berjaya.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 Januari 2014 (Khamis).

MUAT TURUN BORANG
Advertisement