Logo-Negri-Melaka
Malacca is well-known due to its unique history. Melaka history started when the prince from Palembang Annals has been involved in the battle to grab the throne of Majapahit at the end of the 14th century. Once defeated by Majapahit, he has ran for cover into Temasek which was then dominated by Siam. Once expelled from Temasek by colonists from Siam, in 1396, he and his followers withdrew to Muar and later to Seremban before calling at Bertam of Malacca near the river mouth.

Anggota-anggota Perkhidmatan Awam Negeri Melaka yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan urusan kenaikan pangkat bagi jawatan seperti berikut :

1.MAKLUMAT JAWATAN
a) Jawatan: Pembantu Tadbir (P/O)
b) Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
c)Kumpulan Perkhidmatan : Kumpulan Pelaksana
d) Jadual Gaji : Gred N22
Minimum : RM 2,165.00
Maksimum : RM 4,233.00
Kenaikan Gaji Tahunan: RM 115.00

e) Syarat-syarat :
Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 yang kosong setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut :

i. Telah disahkan dalam perkhidmatan;
ii. Mencapai wajaran tahap prestasi tahunan yang baik bagi tiga (3) tahun terkini (2011, 2012 dan 2013) seperti yang ditetapkan;
iii. Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
iv. Bebas daripada hukuman tatatertib;
v. Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh lima (5) tahun terakhir;
vi. Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
vii. Bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam pendidikan tegar daripada institusi pnjaman pendidikan;
viii. Telah genap berkhidmat selama lima (5) tahun di skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 pada bulan April tahun 2014

2. CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dikemukakan bersama dokumen-dokumen yang lengkap seperti berikut (klik untuk muat-turun borang):
a) Borang Maklumat Perkhidmatan Pegawai (Lampiran A);
b) Surat Perakuan Ketua Jabatan (Lampiran B);
c) Surat Akuan Pinjaman Pendidikan (Lampiran C);
d) Satu (1) salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terkini (2011, 2012 dan 2013); dan
e)Satu (1) salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini.

3. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP
Permohonan yang telah lengkap perlulah dikemukakan selewat-lewatnya pada 28 April 2014 (Isnin) kepada:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Ketua Menteri Melaka
Aras 1, Blok Bentara
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh, Melaka

4. CATATAN AM
a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
b) Permohonan yang tidak lengkap, tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan diterima selepas tarikh tutup iklan tidak akan dipertimbangkan.
Advertisement