Majlis Daerah Pontion (MDPontian)

Majlis Daerah Pontian telah ditubuhkan pada 01hb November, 1976 di bawah Akta 124 (Akta Sementara) yang kemudiannya diistiharkan sebagai Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Pentadbiran Majlis ini merangkumi kawasan seluas 1080 hektar meliputi Bandar Pontian, Pekan Nanas, Benut, Permas dan Ayer Baloi. Sebelum tertubuhnya Majlis Daerah Pontian, Bandar Pontian ditadbirkan oleh Majlis Bandaran Pontian, sementara Cawangan Pekan Nanas, Benut, Ayer Baloi dan Permas ditadbirkan oleh Majlis Tempatan masing-masing. Sejak penubuhan Majlis Daerah Pontian ini, tiga buah Majlis Tempatan iaitu Majlis Tempatan Pekan Nanas, Majlis Tempatan Benut dan Majlis Tempatan Ayer Baloi dan Majlis Bandaran Pontian telah dimansuhkan dan pentadbirannya diambilalih oleh Majlis Daerah Pontian.

Permohonan dipelawa daripada individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Pegawai Tadbir N41
2. Penolong Pegawai Tadbir N27
3. Pembantu Penguatkuasa N17
4. Pembantu Tadbir (P/O) N17
Tarikh tutup permohonan pada 03 September 2014

CARA PERMOHONAN

•Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan Majlis Daerah Pontian yang dikenakan bayaran RM 1.00 (Ringgit Malaysia : Satu sahaja) yang boleh didapati dengan menggunakan sampul surat berukuran 10cm x 23cm yang beralamat sendiri dan bersetem 80 sen atau mengambilnya sendiri seterusnya menghantar permohonan tersebut ke alamat:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH PONTIAN,
ARAS 1,BLOK A,
JALAN ALSAGOFF,
82000 PONTIAN,JOHOR

•Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan semasa memohon dan mengembalikan borang-borang permohonan.Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan:

•kad pengenalan
•sijil kelahiran
•sijil-sijil persekolahan
•kelulusan akademik
•transkrip keputusan peperiksaan
•1 keping gambar yang terbaru berukuran passport
•lain-lain dokumen sokongan

•Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan /Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005,Peraturan 17.

•Bagi kelayakan Ijazah / Diploma / Sijil perlu melampirkan  pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui laman web interaktif
http://www.interactive.jpa.gov.my/WebInteraktif/frmsenaraipengiktirafanbaru.asp dan dilampirkan bersama borang permohonan.

•Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

TARIKH TUTUP : Sebelum atau pada 3 SEPTEMBER 2014 (RABU)

Muat turun iklan jawatan dan syarat kelayakan disini
Advertisement