If you have the passion, perseverance, pro-activeness and desire to succeed, come join us! You will be part of an organisation that provides not just a job, but an exciting and challenging career development opportunity that allows you to grow personally and professionally. Jawatan kosong EPF.

We offer one of the highest remuneration packages in the country, which includes competitive salary, annual bonus, and comprehensive medical benefits that cover both employees and their family.

 1. PENGURUS - KEWANGAN

TUGAS & TANGGUNGJAWAB:
-Bertindak sebagai koordinator di antara semua jabatan di Bahagian Pelaburan yang menjalankan pelaburan global dengan kustodi KWSP dan agen cukai KWSP di luar Negara.
-Memantau semakan ke atas ‘tax relief’, ‘withholding tax rate’ dan ‘double tax treaty’ di antara Malaysia dan luar negara di mana KWSP menerima pendapatan daripada pelaburan global.
-Pemantauan cukai keatas pelaburan global KWSP bagi memastikan tahap kecekapan cukai KWSP berada pada tahap maksima dan memantau permohonan ‘tax refund’ / ‘reclaim’ dengan rapi.
-Mengemaskini status kedudukan dan isu-isu cukai global kepada pihak pengurusan.
-Menyemak dan memantau semua transaksi antara syarikat (intercompany transactions) yang melibatkan syarikat subsidiari dan syarikat bersekutu dengan KWSP sebaik sahaja urus niaga berlaku.
-Memantau penyediaan Penyata Kewangan syarikat subsidiari dan syarikat bersekutu bagi penyediaan Penyata Kewangan Kumpulan KWSP.
-Memantau polisi perakaunan yang diterimapakai oleh semua syarikat subsidiari KWSP adalah selaras dengan polisi perakaunan KWSP yang diluluskan oleh Lembaga.
-Terlibat dalam pelaksanaan GST di KWSP apabila pelaksanaannya dikuatkuasakan.

SYARAT KELAYAKAN

-Warganegara Malaysia.
-Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
-Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan ATAU luar negara dalam bidang pengajian Perakaunan / Kewangan / Ekonomi / Perbankan atau bidang lain yang berkaitan. Calon-calon yang mempunyai kelayakan professional (ACCA / CPA / MIT) akan diberi keutamaan.
-Lulus dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
-Mempunyai sekurang-kurangnya 3 - 5 tahun pengalaman  dalam bidang yang berkaitan.
-Mempunyai pengalaman dalam bidang audit percukaian.
-Mempunyai kemahiran perakaunan dan analitikal yang baik.
-Mempunyai interpersonal yang baik, termasuk kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris dengan baik.

jawatan kosong kwsp


PROSEDUR PERMOHONAN
Calon-calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan dengan menyatakan jawatan yang dipohon bersama-sama dengan dokumen berikut :

-Resume
-Salinan Kad Pengenalan
-Salinan Sijil Kelahiran
-Salinan slip gaji terkini
-Salinan Sijil PhD/Master/Ijazahsarjana Muda/Diploma/Matrikulasi/STPM/A-Level (yang mana berkaitan)
-Salinan Transkrip PhD/Master/Ijazahsarjana Muda/Diploma/Matrikulasi/STPM/A-Level (yang mana berkaitan)
-Salinan sijil SPM
-Sijil-sijil ko-kurikulum
-Permohonan hendaklah dihantar ke jkew.rec@gmail.com selewat-lewatnya pada 22 Ogos 2014.

Segala permohonan adalah SULIT dan hanya calon yang disenaraipendek sahaja akan dihubungi. Permohonan tuan/puan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas daripada KWSP selepas 6 BULAN dari tarikh iklan ditutup.

Sumber dipetik dari KWSP Advertisement