• Menguruskan insiden dan menyokong penyelesaian isu bagi setiap komponen sistem termasuk bekerja dengan pasukan dan vendor lain dalam mengenalpasti punca masalah.
  • Menyampaikan resolusi kepada pengguna.
  • Menjaga hal-hal sulit yang berkaitan dengan maklumat dan data yang sedang diproses, disimpan atau diakses.

SYARAT KELAYAKAN
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan ATAU luar negara dalam bidang pengajian Sains Komputer / Teknologi Maklumat atau bidang lain yang berkaitan.
  • Lulus dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman  dalam bidang yang berkaitan.
  • Mempunya pengalaman dan kemahiran dalam Structured Query Language (SQL).
  • Mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam memahami Data Warehouse dan ETL.
  • Mempunyai kemahiran dan pemahaman yang baik dalam pengurusan Data Warehouse dan sistem BI.
  • Mempunyai kemahiran trouble-shooting yang baik dan berkebolehan untuk mengenalpasti punca masalah bagi setiap kes yang dilaporkan.
  • Memiliki sekurang-kurangnya satu pengalaman mengenai large-scale warehouse database engine (Oracle, Teradata, Netezza, Greenplum dan sebagainya).
  • Mempunyai pengalaman dalam BI system dalam aplikasi pengurusan pengguna dan kawalan sekuriti.
  • Mempunyai pengalaman dalam UNIX/LINUX
  • Berkebolehan untuk berkomunikasi secara efektif (lisan dan bertulis) dengan cara yang professional  dengan kakitangan teknikal dan bukan teknikal.
  • Berkebolehan memulakan tugas tanpa arahan, melakukan pelbagai tugas dan bseorang yang berdikari.
  • Boleh melakukan tugas di luar waktu kerja sekiranya perlu.

STATUS JAWATAN
Tetap

PROSEDUR PERMOHONAN
Calon-calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan dengan menyatakan jawatan yang dipohon bersama-sama dengan dokumen berikut :

  • Resume
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Sijil Kelahiran
  • Salinan slip gaji terkini
  • Salinan Sijil PhD/Master/Ijazahsarjana Muda/Diploma/Matrikulasi/STPM/A-Level (yang mana berkaitan)
  • Salinan Transkrip PhD/Master/Ijazahsarjana Muda/Diploma/Matrikulasi/STPM/A-Level (yang mana berkaitan)
  • Salinan sijil SPM
  • Sijil-sijil ko-kurikulum

 Permohonan hendaklah dihantar ke dwe.jtm@gmail.com selewat-lewatnya pada 3 November 2014.

Segala permohonan adalah SULIT dan hanya calon yang disenaraipendek sahaja akan dihubungi. Permohonan tuan/puan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas daripada KWSP selepas 6 BULAN dari tarikh iklan ditutup. Advertisement