SIRI RUJUKAN KHAS PEPERIKSAAN
PEPERIKSAAN PTD M41
PERINCIAN SEKSYEN PEPERIKSAAN
UJIAN PSIKOMETRIK M41
SEKSYEN C PSIKOMETRIK TONJOLKAN NILAI "P"
Salam Sejahtera
Seksyen C berkaitan dengan Ujian Psikometrik, perlu dijawab dalam masa 15 minit, sebanyak 36 soalan sahaja.
Ujian Psikometrik merupakan antara ujian yang nampak mudah tetapi besar cabarannya. Ujian ini cuba menyisihkan calon layak dengan calon tidak layak dengan set soalan tertentu. Ia bagaikan perangkap tanpa set soalan tetap.
Tetapi ada cara untuk menjawab dengan baik seksyen ini. Berikut sedikit perkongsian dari kami.
TIPS MENJAWAB DENGAN BAIK UJIAN PSIKOMETRIK
Sedikit tip persediaan: luangkan masa untuk mengenali "diri anda" dan sifat-sifat positif anda sebelum menghadiri peperiksaan.
Apa yang anda lakukan ialah;
- Lakukan Cerminan Diri
- Berfikiran Positif Sepanjang Masa
- Cerap Nilai Positif Masyarakat
Ini penting untuk anda lakukan, agar anda sentiasa mempunyai nilai positif untuk di bawa bersama dalam peperiksaan nanti. Terutama semasa anda menjawab soalan Bahagian Psikometrik.
ANDA PERLU TONJOLKAN NILAI "P"
Dalam Bahagian Psikometrik. Jawapan anda perlulah menonjolkan ciri-ciri positif sepanjang masa. Positif secara individu, berkumpulan dan juga bermasyarakat.
Jangan biar emosi menguasai anda dalam menjawab soalan bahagian ini. Pastikan semuanya bertepatan dengan aliran kerajaan dan kualiti seorang calon M41.
Untuk jawatan kerajaan, jangan abaikan tip ini.
PANDUAN PEPERIKSAAN LENGKAP KAMI
Dapatkan pakej lengkap Gold atau Platinum yang kami sediakan. Ia di rangka khusus sehingga anda di panggil temuduga nanti. Ya, kami sediakan segala berkaitan temuduga dalam pakej tersebut.
Usah ragu, terus buat pembelian di sana. Klik butang tempahan di bawah dan lakukan pembelian segera. Oh ya, jualan akan di tutup MALAM INI - 30 OKTOBER 2014 . Beli sebelum terlambat.
ANTARA CONTOH SOALAN YANG BAKAL MEMERANGKAP ANDA
Biar kita ambil contoh soalan yang bakal memerangkap anda
berdasarkan ciri positif 'menerima kritikan dan pandangan
orang lain';
- Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.
- Saya sentiasa pastikan tindakan saya betul biar orang lain
- mengatakan salah kerana saya mempunyai asas terhadap
- apa yang saya lakukan.
- Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan utamakan
- idea saya.
- Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.
- Saya tidak suka pandangan saya ditolak.
Semua 5 pernyataan di atas mewakili nilai 'aura negatif' dalam diri dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif 'menerima kritikan dan pandangan orang lain'. Jadi jawapan anda harus sama dalam semua 5 pernyataan di atas kerana ianya adalah pada satu teras yang sama iaitu penilaian nilai positif 'menerima kritikan dan pandangan orang lain'.
Cuba bayangkan semua soalan di atas 'diselerakkan' di
dalam puluhan pernyataan berbeza, boleh anda pastikan yang anda
memberikan jawapan yang konsisten?
Untuk lebih banyak contoh Seksyen C: Ujian Psikometrik sila dapatkan panduan Peperiksaan M41 di bawah. Pelbagai maklumat yang pihak Info Kerjaya kongsikan. Dapatkan naskhah anda melalui link di bawah;
Melalui panduan ini di harap anda boleh melakukan persediaan sebaik mungkin. Mahirkan diri dengan peperiksaan dan dapat menjawab dengan baik.
Gunakan untuk kenal pasti jenis soalan yang sering di tanya dan bagaimana menjawab soalan tersebut akan membuka peluang anda dipanggil untuk di temuduga nanti.
Jangan terlepas! Harap ianya bermanfaat untuk anda.
SEMOGA KEJAYAAN MENJADI MILIK ANDA
REGARDS,
0 Comments