Monday, July 26, 2010

Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Kuantan


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia sahaja yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1. Pemandu Kenderaan Gred R3

Syarat-Syarat Lantikan Terus :
Calon bagi lantikan terus hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
(b) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh Kerajaan
(c) Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
(d) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini, dan
(e) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Rendah Awam adalah layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat secara lantikan kejawatan berkenaan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan, dan :-
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 5 (c) dan (d) diatas, dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

Peraturan Memohon :
(a) Borang permohonan jawatan boleh didapati di Pejabat Lembaga Pelabuhan Kuantan pada waktu pejabat atau melalui laman web : http://www.lpktn.gov.my Permohonan melalui pos hendaklah menyertakan sampul surat berukuran 23sm x 10sm beralamat sendiri dengan bersetem 50 sen.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

(b) Borang yang telah siap diisi hendaklah dihantar kepada :

PENGURUS BESAR
LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN
TANJUNG GELANG PETI SURAT 161
25720 KUANTAN
( Permohonan jawatan)

Peraturan-Peraturan Lain :
(a) Permohonan dianggap tidak berjaya jika tidak dihubungi dalam tempoh 3 bulan
(b) Permohonan hendaklah dimajukan melalui Ketua Jabatan masing-masing jika permohon sedang berkhidmat dengan Kerajaan,Badan Berkanun atau Kuasa Tempatan.
(c) Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan akan ditolak.
Tarikh Tutup Permohonan: 5 Ogos 2010

No comments:

Post a Comment