rujukan http://www.spa.gov.my/
Memang ramai yang memohon, 164,473. Wow! Sangat ramai. Tapi yang Berjaya dipanggil temuduga adalah seramai 7939 calon sahaja dan kekosongan jawatan yang ada 320 manakala senarai calon simpanan adalah seramai 500 orang.Sekali imbas, memang kecut calon dibuatnya..
Permohonan sangat ramai, dan kekosongan pula tak banyak. Nasihat saya, jangan risau. Yang Berjaya dipanggil temuduga tu, buatlah persiapan yang terbaik. Hanya dengan membuat persiapan terbaik ianya mampu membantu anda. Dan artikel ini juga ditulis khas buat anda. Saya mencuba juga untuk membantu anda dengan memberikan sedikit informasi untuk temuduga ini. Informasi ni saya kaji dari perkongsian rakan-rakan kita di blog ini juga, carian di internet, dan sedikit interview dari mereka yang terlibat dalam jabatan ini. Jom baca.
Tips dari kerja-kerajaan.com buat anda:
1. Ketahui jawatan Pegawai Imigresen
Anda perlu tahu apakah Grednya, gajinya, jabatannya, kementeriannya, tugas-tugasnya. Di bawah, sedikit info yang saya cari buat anda.
Gred : KP17 Kumpulan : Sokongan Kem./Jab. : Jabatan Imigresen Jadual Gaji : P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35 P2T1 RM871.81 – P2T24 RM2272.50 P3T1 RM924.75 – P3T24 RM2397.95 |
Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.
2. Pastikan anda lulus ujian fizikal dan pancaindera terlebih dahulu
Memang semasa ditemuduga ianya akan dinilai, tapi sebaiknya anda nilai fizikal dan pancaindera anda terlebih dahulu. Patuhi syarat-syarat permohonan yang pernah dinyatakan semasa anda memohon dahulu.
- tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu dan BMI adalah baik. So, pastikan BMI tubuh badan anda ok.
Cara check BMI
Cara Body Mass Index (BMI) ni salah satu cara untuk mengetahui tahap kecerdasan badan kita.
Pengiraan mudah BMI adalah membahagikan berat (dalam kilogram) dengan ketinggian kuasa dua (dalam meter square)
BMI = kg/m2
Petunjuk Indeks
Bawah 18.5 Kurang Berat
18.5 – 24.9 Normal
25.0 – 29.9 Terlebih Berat
30.0 ke atas Obesiti
Contoh tinggi anda 1.70meter dan berat adalah 85kilogram.
Kuasa duakan tinggi menjadi 2.89. BMI adalah 85kilogram dibahagi dengan 2.89m2.
Maka akan dapat BMI 29.4. Maksudnya terlebih berat, hampir nak obesity tu.
TIPS:
BMI – terlebih tu, contohnya obesity tu, digalakkan jangan pergi, nanti dia suruh balik (ni bukan saranan, [pandangan sahaja). Yang kurang berat tu, makan pisang banyak-banyak untuk tambahkan berat badan dalam jangka masa pendek.
- berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita. (berat boleh kawtim tapi tinggi tak boleh)
- mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja)
- lulus Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata. So, sesiapa yang sememangnya rabun yang pakai cermin mata/contact lens tu, biasanya memang gagal dalam temuduga. Jabatan ni memilih mereka yang ‘terang benderang penglihatannya’.
- pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
- Standby dengan pakaian sukan. Maknanya datang siap-siap dengan pakaian sukan. Dan jangan lupa bawa pakaian khusus untuk ditemuduga (baju kurung (wanita), kemeja,tie (lelaki). Manatahu selepas ujian fizikal/pancaindera anda lulus dan sterusnya anda akan menjalani sesi temuduga. Jika melepasi ujian fizikal dan berjaya ke temuduga seterusnya..barulah tukar kepada pakaian yang formal seperti yang ditetapkan SPA seperti di bawah:
rujukan http://www.spa.gov.my/
- Nanti calon akan diperiksa ketinggian, berat badan, ujian penglihatan, BMI. Jika lulus, baru akan hadapi temuduga pula. Jika gagal, calon disuruh balik lah:-)
- Semasa temuduga, soalan-soalan yang pernah ditanya:
- Pleaser introduce yourself in English
- Isu semasa berkenaan imegresen (kena terangkan)
- Isu melibatkan Negara (kena terangkan)
- Kenapa minat dengan jawatan pegawai imigresen
- 4 fungsi utama jabatan imigresen
- objektif jabatan imigresen malaysia
- apa tugas pegawai imigresen
- 3 buah pintu masuk ke Melaka
- pintu masuk yg telah diwartakan – udara, darat, laut
- Jabatan imigresen bawah kementerian mana
- Siapa menterinya
- proses pengeluaran produk (visa,permit,passport)
- apa kepentingan bahasa asing/English dlm profesion ini
- Anda dinasihatkan membuat preparation dengan membaca laman web Jabatan imigresen Malaysia seperti di sini http://www.imi.gov.my/
Credit : http://www.kerja-kerajaan.com/blog - Bro Jamal
MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS
MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS Advertisement
0 Comments