Thursday, July 14, 2011

Jawatan Kosong Utusan Melayu (Malaysia) Berhad



UTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BERHAD, sebuah syarikat penerbitan akhbar yang kukuh mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon jawatan berikut:

1. EKSEKUTIF KANAN KESETIAUSAHAAN

SYARAT KELAYAKAN:
- Memiliki sijil penuh ICSA atau Lesen Kesetiausahaan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia
- Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang kesetiausahaan di syarikat tersenarai di Bursa Malaysia
- Berkemahiran tinggi dalam Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad, Akta Syarikat 1965 dan Undang-Undang yang berkaitan
- Berkemahiran serta berkebolehan dalam penulisan laporan
- Proaktif, berdikari dan berkemahiran antara perorangan
- Berkemahiran dalam penggunaan perisian MS Office
- Berkebolehan bertutur dan menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- Mampu bekerja di bawah tekanan

CARA MEMOHON:
Pemohon yang berminat hendaklah menghantar surat permohonan bertulis dan resume berserta sekeping gambar berukuran paspot (tidak dikembalikan) sebelum 22 Julai 2011 kepada:

Pengurus Besar Sumber Manusia
UTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BERHAD
Pusat Latihan Utusan
Lot 184, Seksyen 92, Jalan Lima
Melalui Jalan Chan Sow Lin
55200 Kuala Lumpur
(u.p.: Unit Pengambilan Kakitangan)

Tarikh Tutup Permohonan: 22 Julai 2011
MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS

MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS

No comments:

Post a Comment