Panggilan ke peperiksaan bertulis Juruaudit W41 sudah dikeluarkan. Surat sudah dihantar dan bagi yang belum mendapat surat, anda boleh buat semakan online di laman rasmi SPA melalui link ini;

[+] Semakan Online Peperiksaan Juruaudit (KLIK DI SINI)

Format peperiksaan adalah seakan sama seperti jawatan Pengawai Antidadah pepeiksaan November 2011 yang lepas dan Penguasa Kastam pada Februari 2012 yang lepas iaitu;
  • Seksyen A: Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
  • Seksyen B: Daya menyelesaikan masalah
  • Seksyen C: Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Seksyen D: Esei Bahasa Melayu
  • Seksyen E: Esei Bahasa Inggeris
Mengikut maklumbalas yang diberikan oleh calon peperiksaan sebelum ini, beza peperiksaan bertulis Pegawai Antidadah dan Penguasa Kastam jika dibandingkan dengan Pegawai Tadbir Diplomatik adalah soalan tambahan berkaitan jawatan (Dadah dan Kastam).

Atas ‘trend’ tersebut, peperiksaan Juruaudit W41 juga bakal menyaksikan format yang sama dengan PTD dengan tambahan soalan berkaitan Juruaudit.
Skop tugas Juruaudit adalah melakukan tugasan audit kewangan terhadap Kementerian dan Jabatan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Penyata Kewangan dan Kumpulan Wang Badan Berkanun Persekutuan, Badan Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama Islam, Kumpulan Wang Amanah, Akaun Amanah serta 496 Syarikat Kerajaan (di mana Kerajaan memiliki 50% atau lebih ekuiti)
Contoh soalan juruaudit tak perlu difokuskan sangat, fokus kepada semua seksyen dan maklumat mengenai jawatan Juruaudit untuk peperiksaan bertulis juruaudit ini. Pakej Rujukan Tipsptd boleh digunakan untuk peperiksaan Juruaudit ini :

>>> MUAT TURUN SEGERA KLIK SINI

Salam suskes untuk anda! Tinggalkan komen di bawah, mungkin anda boleh bertemu rakan yang boleh anda berbincang untuk persediaan peperiksaan anda!

Advertisement