Jawatan Kosong Di UITM Kelantan November 2013

Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara
Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan
tetap di UiTM Cawangan Kelantan bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1.Penolong Pegawai Perubatan

a. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.

b. Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperolehi dengan melayari sesawang UiTM (Kelantan) di http://kelantan.uitm.edu.my.

c. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses

d. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

e. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Khamis, 28 November 2013.

Sila kemukakan permohonan kepada :-

TIMBALAN PENDAFTAR
(UNIT PENGURUSAN PERJAWATAN-PENTADBIRAN)
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KELANTAN
BUKIT ILMU
18500 MACHANG
KELANTAN DARUL NAIM

No. Tel : (09) 9762015/2068/2011/2012/2013/2014

maklumat lanjut klik sini Advertisement