PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH MEMPELAWA CALON WARGANEGARA YANG BERKELAYAKAN DALAM BIDANG-BIDANG YANG BERKAITAN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN SECARA TETAP SEPERTI BERIKUT:
Jawatan Kosong 2013 di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah adalah seperti berikut :

1. Pembantu Perpustakaan S17

Badan Berkanun : Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Jumlah Kekosongan : 1
Taraf : Sementara
2. Gaji S17 RM928.00

 3. Syarat Lantikan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
- warganegara Malaysia; berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
- Calon hendaklah lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah diperingkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan atau;
- Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
- Memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus, dan subjek-subjek tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
- Keutamaan diberi kepada pemegang sijil/diploma perakaunan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.

4. Cara Memohon 
- Permohonan hendaklah dikemukakan berserta resume dan salinan Sijil Persekolahan, Surat Beranak dan lain-lain dokumen berkaitan jika ada dan dihantar kepada :

PENGARAH
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
JALAN KOLAM AIR
05100 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN

CATATAN :-
a) Jabatan ini tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan kerana menghadiri temuduga;
b) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga;
c) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) bulan daripada tarikh
iklan ini hendaklah menganggap yang permohonannya tidak berjaya.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 15 SEPTEMBER 2014
Advertisement