Dalam peperiksaan online yang baru dimulakan oleh SPA mengandungi 3 seksyen iaitu Pengetahuan AM, Penyelesaian Masalah dan juga seksyen baru iaitu Psikometrik. Ia lebih kepada ujian personaliti calon peperiksaan SPA.

Seksyen C  iaitu Ujian Psikometrik mengandungi 200 soalan dan perlu dijawab oleh calon dalam masa 1 jam iaitu 60 minit. Pada seksyen ini lebih kepada soalan soalan perangkap yang boleh memerangkap calon dalam membuat keputusan. Soalannya tidaklah susah dan berbentuk ya atau tidak. Namun, kesannya kepada keputusan peperiksaan sangat besar.

Dalam peperiksaan Penguasa Kastam dikatakan seramai 85,918 orang calon dipanggil untuk peperiksaan online ini. Namun kekosongan yang perlu diisi adalah 243 orang sahaja. Hanya 0.28% calon akan menjawat jawatan Penguasa Kastam. Antara fungsi psikometrik ialah menapis calon agar memenuhi kriteria yang perlu ada pada seorang penjawat awam.

Contoh Soalan Psikometrik SPA

Berikut adalah antara contoh soalan yang ditanya dalam seksyen psikometik peperiksaan SPA. Ia tidak susah namun ada kalanya boleh mengelirukan calon.

1. Tanpa ganjaran yang lebih, tidak adil bekerja lebih masa.
A. Ya B. Tidak

2. Jika orang lain mencapai prestasi yang lebih baik, rasa cemburu tidak seharusnya ada.
A. Ya B. Tidak

3. Walaupun ada orang main taktik kotor, saya tidak mudah meradang.
A. Ya B. Tidak

4. Saya tidak mudah mengaku kalah sungguhpun kerja ada banyak cabaran.
A. Ya B. Tidak

5. Saya segan minta pertolongan walaupun saya tidak terdaya menyelesaikan masalah sendiri.
A. Ya B. Tidak

6. Saya tidak ingin menjadi pemimpin kerana ada banyak risiko.
A. Ya B. Tidak

7. Kita harus bekerjasama untuk mencapai kejayaan jika bekerja secara berkumpulan.
A. Ya B. Tidak

8. Saya hanya berucap di khalayak ramai jika diberi peluang.
A. Ya B. Tidak

9. Apabila perlu membimbing orang lain menjalankan tugas saya berasa kurang senang.
A. Setuju B. Tidak setuju

10. Apabila melakukan pekerjaan berkumpulan segala tindakan perlulah mendapat persetujuan dari ketua kumpulan.
A. Setuju B. Tidak setuju

11. Apabila memuji orang bawahan, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang memalukan.
A. Setuju B. Tidak setuju

12. Mereka yang ditimpa kemalangan membuatkan saya berasa simpati apabila mereka melakukan kutipan derma.
A. Setuju B. Tidak setuju

13. Apabila ada tugas yang perlu membimbing orang saya berharap agar saya tidak diberi tugasan tersebut.
A. Setuju B. Tidak setuju

14. Bila bersama dengan orang lain, saya tidak merasa selesa.
A. Ya B. Tidak

15. Saya sering berharap agar dapat berkhidmat dengan penuh kegembiraan setiap hari.
A. Setuju B. Tidak setuju

Jawapan yang saya bold adalah jawapan sebenar. Bayangkan tiada jawapan diberikan, apakah jawapan yang akan anda berikan.  Rasanya ramai yang terkeliru dengan soalan-soalan sebegini. Begitulah caranya untuk SPA menyaring calon yang serius atau tidak untuk berkhidmat dengan kerajaan.

Contoh Soalan Psikometrik SPA Yang Menjerat Calon

Soalannya mudah. Namun perlukan pemikiran yang mendalam sebelum menjawab.  Inilah senjata SPA dalam mencari calon yang terbaik untuk mengisi jawatan yang ditawarkan dari masa ke semasa. Peperiksaan Online ini adalah langkah pertama sebelum anda menjawat jawatan di mana mana agensi dan kementerian di bawah kerajaan Malaysia.

Bukan nak menakutkan. Tapi itulah realiti yang perlu anda hadapi. Persaingan untuk mendapatkan kerja dengan kerajaan juga sangat sukar. Bukan senang sekarang ini. Selepas peperiksaan akan ada PAC dan seterusnya temuduga.

Namun dalam pemgambilan Penguasa Kastam W41 dan Penolong Penguasa Kastam W27, PAC tidak dijalankan. Mereka yang layak akan terus dipanggil untuk sesi temuduga. Ujian fizikal akan dilakukan apabila mereka berjaya dalam temuduga di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL).
Jadi pentingnya untuk anda lulus dalam peperiksaan online ini.

SELAMAT BERJAYA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA CALON PENGUASA KASTAM SESI SEPTEMBER 2014 .

UNTUK MENADAPATKAN LEBIH BANYAK NOTA DAN CONTOH SOALAN EXAM PENGUASA KASTAM.. DAPATKAN DISINI -> [+] http://www.penguasakastam.com




Sumber Advertisement