Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang
berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara
TETAP/ KONTRAK/ SEMENTARA seperti berikut :-
BIL.
NAMA JAWATAN

GRED

A.
KUMPULAN SOKONGAN

1
ARTIS BUDAYA
B17/ B18
2
PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN
U17
1. SYARAT LANTIKAN
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
JAWATAN
ARTIS BUDAYA
GRED B17/18
KEKOSONGAN : 1
JADUAL GAJI : P1T1 RM 827.94 - P1T24 RM 2177.15
GRED B17 P2T1 RM 880.88 - P2T24 RM 2298.18
P3T1 RM 935.33 - P3T24 RM 2423.63
JADUAL GAJI : P1T1 RM 827.94 - P1T24 RM 2177.15
GRED B18 P2T1 RM 935.33 - P3T24 RM 2423.63
KELAYAKAN :
Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam
bidang kebudayaan.
DESKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab merancang, memberi latihan dan membuat persembahan kesenian bagi
seni tarian dan seni muzik.
JAWATAN
PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN
GRED U17
KEKOSONGAN : 1
JADUAL GAJI : P1T1 RM862.73 - P1T17 RM1711.21
P2T1 RM914.16 - P2T17 RM1809.64
P3T1 RM967.10 - P3T17 RM1912.44
KELAYAKAN :
(a) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN
(b) Tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil
Pembantu Pembedahan Pergigian yang diiktiraf oleh kerajaan; DAN
(c) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah
Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Atendan Kesihatan adalah layak
dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara
lantikan ke jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U17, tertakluk kepada
kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
(a) mempunyai kelayakan seperti (a) dan (b) di atas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
DESKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab membantu menyediakan peralatan kepada Pegawai Pergigian semasa
memberi rawatan atau pembedahan mulut, mendaftar dan menyelenggara rekod
pesakit dan menyelenggara kelengkapan/peralatan klinik pergigian serta bilik pembedahan.
2. PENETAPAN GAJI PERMULAAN
Gaji permulaan yang lebih tinggi pada P1T1 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik
UTHM berasaskan kepada kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.
3. IMBUHAN DAN ELAUN BERKAITAN (BERDASARKAN GRED GAJI)
Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan/Imbuhan
Tetap Keraian/Imbuhan Tetap Khidmat Awam/Imbuhan Tetap Gred Khas dan lain-lain
elaun yang berkuatkuasa.
4. KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN (TERTAKLUK KEPADA KELAYAKAN)
(a) Pinjaman Kenderaan
(b) Pinjaman Komputer
(c) Pinjaman/Pembiayaan Perumahan Kerajaan Persekutuan
5. SYARAT KEWARGANEGARAAN DAN UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN)
Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus
hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi
54 tahun pada tarikh lantikan, manakala bagi bekas tentera/polis hendaklah tidak melebihi 45 tahun.
6. KELAYAKAN SPM MENGIKUT SISTEM TERBUKA UNTUK LANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM
Calon-calon yang memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dipertimbangkan untuk dilantik
ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi
menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang
dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu
dipenuhi :
(a) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran
adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
(b) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran
adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua
peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
(c) memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus, dan mata pelajaran
tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
Calon-calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah TIDAK LAYAK dipertimbangkan
untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelulusan SPM atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
7. TEMPOH PERCUBAAN
Calon-calon lantikan terus dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
8. CARA MEMOHON
(a) Borang permohonan boleh didapati dengan di muat turun dari laman web Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia -MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN-
(b) Borang yang lengkap diisi berserta sijil dan dokumen yang berkaitan dan telah disahkan hendaklah
dicatatkan nama jawatan di penjuru sebelah kiri atas sampul surat dan dialamatkan ke Pejabat
Pendaftar UTHM seperti alamat di bawah:-
Pejabat Pendaftar
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja
Batu Pahat, Johor
No. Tel. : 07-4537000 / 07-4537107
(u.p : Unit Perjawatan & Perkhidmatan Bukan Akademik)
(c) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK :-
(i) tidak lengkap atau tidak terang;
(ii) tidak mengemukakan semua dokumen termasuk sijil-sijil kelayakan akademik;
(iii) tidak menulis nombor kad pengenalan;
(iv) tidak mengemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat; dan
(v) tiada pengesahan sijil-sijil berkaitan dan tidak ditandatangani.
(b) Sebarang pertanyaan sila hubungi 07-4537000/ 7107 (Unit Perjawatan Dan Perkhidmatan
Bukan Akademik) atau email perjawatan@uthm.edu.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it .

 
9. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Jawatan Bukan Akademik - 30 SEPTEMBER 2010
 
Advertisement