Friday, September 17, 2010

Jawatan Kosong Majlis Daerah Lenggong


Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA keutamaan kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:

1. PEMBANTU UNDANG-UNDANG L29 (KONTRAK) - 1 KEKOSONGAN

SYARAT KELAYAKAN:
- Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L29: P1T4)
- Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat SPM.


2. PEKERJA AWAM R1 (TETAP) - 2 KEKOSONGAN

SYARAT KELAYAKAN:
- Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Terdiri daripada Warganegara Malaysia
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
(c) (i) Tamat Darjah Enam Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan
(ii) Berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh Skim Perkhidmatan ini.
(d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred R1: P1T3)


3. PEKERJA AWAM R1 (SAMBILAN) - 2 KEKOSONGAN

SYARAT KELAYAKAN:
- Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
a) Terdiri daripada Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c) i) Tamat Darjah 6 Sekolah Rendah Bantuan penuh kerajaan
ii) Berkebolehan menjalankan bidang berkenaan yang meliputi oleh Skim Perkhidmatan ini.
d) Berkebolehan bertutur , membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik

CARA MEMOHON:
- Permohonan mestilah dibuat di dalam borang MD.LG.Pkdm.1/96 yang boleh didapati dengan datang sendiri ke Majlis Daerah Lenggong, Perak Darul Ridzuan.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

- Borang yang telah disempurnakan dengan disertakan sampul surat berukuran 23 cm x 10 cm beralamat sendiri dan bersetem 50 sen hendaklah dikembalikan kepada YANG DIPERTUA, MAJLIS DAERAH LENGGONG,PERAK DARUL RIDZUAN pada atau sebelum 30 SEPTEMBER 2010. Permohonan yang lewat atau tidak lengkap tidak akan dilayan.

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH LENGGONG,
JALAN ALANG ISKANDAR,
33400 LENGGONG,
PERAK DARUL RIDZUAN.

PERHATIAN:
i) Permohonan yang lewat diterima dan tidak lengkap tidak akan dilayan.
ii) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
iii) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak akan berjaya.

LAMAN WEB MAJLIS DAERAH LENGGONG www.mdlg.gov.my/home

Tarikh Tutup Permohonan : 30 September 2010

No comments:

Post a Comment