Sunday, February 27, 2011

Jawatan Kosong Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

 


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), mempelawa kepada warganegara malaysia keutamaan diberi kepada anak negeri Selangor yang berkelayakan dan yang beragama Islam serta berfikiran luas dalam jawatan yang berkenaan untuk memohon jawatan seperti berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S27
(Pegawai Penyelaras Masjid Daerah)

Klik Sini Untuk Iklan Penuh Serta Syarat Kelayakan
Klik Sini Untuk Muat Turun Borang Permohonan

Cara Memohon:

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Untuk Jawatan Kontrak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS-BPN.1) yang boleh diperolehi di alamat Bahagian Khidmat Pengurusan/Unit Sumber Manusia JAIS Tingkat 1, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, No. 2, Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5, 40676 Shah Alam, Selangor atau melalui laman web rasmi JAIS : www.jais.gov.my.

(b) Semua Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa dan salinan Sijil Kelahiran serta Sijil-Sijil Persekolahan yang berkaitan.

(c) Permohonan hanya dibuka untuk anak Selangor atau bermastautin melebihi 15 tahun disertakan surat pemastautin.

(d) Semua salinan sijil hendaklah diakui sah.

(e) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah sampai atau dihantar kepada:-

PENGARAH
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR,
TINGKAT 1, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH,
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK,
SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM.


Tarikh Tutup Permohonan Pada 02 MAC 2011

MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS

MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS

Follow Us